Himpunan Rakyat Bersatu kini sedang berlangsung di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan dijangkakan menjelang petang nanti kehadiran akan mencecah lebih 50,000 orang.
Kumpulan baju merah dari lokasi PWTC, Masjid Negara dan lokasi lain akan mula berarak ke lokasi utama perhimpunan di Padang Merbok selepas solat Zohor sekejap lagi.
Tak seperti segelintir peserta Melayu semasa Himpunan Bersih 4.0 dan sebelumnya yang solat menunjuk-nunjuk di atas jalan raya, para peserta baju merah Himpunan Rakyat Bersatu pula beramai-ramai mengambil wuduk untuk menunaikan solat di Masjid Negara.
Penganjuran himpunan ini bagi sesetengah pihak dianggap tindak balas kepada himpunan Bersih 4.0 yang didominasi kaum Cina baru-baru ini, sementara setengah pihak lain pula menganggap himpunan dengan identiti baju merah ini merupakan solidariti kepada kerajaan.
Berikut dipaparkan koleksi gambar yang dirakam sejak awal pagi hingga 1.30 tengahari tadi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.