`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 16, 2015

(UPDATE) Himpunan Baju Merah - Peserta Bawa Poster Mahathir Dikejar

Dipetik dari malaysiakini.com



12:15pm, Jalan Conlay: Ashikin Yunus, 53, dari Johor mengecam ahli politik DAP Lim Kit Siang serta BERSIH sambil meminta mereka menghormati Melayu.

"Bersih ni Bershit. Cukuplah. Pendatang tetap pendatang, babi tetap babi," katanya.

Sementara itu seorang lelaki dikejar kerana membawa poster Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Seorang petugas keselamatan yang mengawal perhimpunan itu berkata lelaki terbabit mahu memprovokasi.

12pm, PWTC:  Peserta yang berada berhadapan Stesen Bas Putra kini menuju ke hadapan Dewan Merdeka untuk berkumpul. 

Di depan Dewan Merdeka pemimpin Umno Datuk Alwi Che Mat, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Rauf Yusoh berdiri di atas pentas untuk bertemu dengan peserta dan berucap. 

Kawasan depan dewan itu kini dibanjiri kira-kira 2,000 peserta berbaju merah. 

Sementara itu, ketika di Jalan Tun Ismail, seorang peserta berbaju merah diminta untuk mengikut pihak polis kerana disyaki membawa senjata. 

Bagaimanapun tiada sebarang kekecohan yang berlaku.

12pm, Jalan Conlay: Orang ramai berkumpul di tengah Jalan Conlay sambil melaungkan "Hidup Melayu" serta menanbyi "Inilah Barisan Kita". Ketua perarakan Armand Azha Abu Hanifah berkata arahan yang diterima mereka ialah memulakan perjalan pada jam 2 petang.

"Bukit Bintang ditutup," katanya. 





11.10am, Masjid Negara: Semakin ramai perserta himpunan sudah memenuhi pekarangan masjid. Difahamkan mereka datang dari Kelantan, Pahang dan Johor.

Setiap kali ada bas tiba menurunkan penumpang suasana menjadi bingit apabila orang ramai membunyikan vuvuzela.

11.00am, Masjid Negara: Salah seorang peserta yang ditemui Mohd Hamidi Matap, 39, memaklumkan kepada Malaysiakini beliau hadir hari ini selepas dimaklumkan ketua bahagiannya.

"Kami hadir bukan atas arahan siapa-siapa tapi kami dimaklumkan bahawa Datuk Dr Puad (Zakarshi) cuma memberitahu. Beliau tidak menyuruh mahupun menghalang kami datang," kata Mohd Hamidi.

Puad adalah Ketua Umno Batu Pahat.

10.45am, Jalan Conlay: Kira-kira 500 peserta berada berhampiran Kompleks Kraf Kebangsaan dengan lebih kurang 100 motosikal diletakkan berhampiran pintu masuk.  Sebahagian lagi sudah meninggalkan kawasan ini menaiki bas untuk ke PWTC. 

Datuk Jamal Md Yunos yang menjadi ketua perhimpunan belum kelihatan tiba namun beberapa pertubuhan Melayu termasuk Pekida sudah ada. 

10.45am, Pasar Seni: Keadaan tenang dengan gerai dan kedai berniaga seperti biasa. Hanya kurang daripada 10 orang Melayu berbaju merah dilihat berkumpul di sini.

"Kami tunggu di sini tengok ada orang lain datang atau tak. Kalau tak ada, kami akan bergerak ke Padang Merbok nanti," kata seorang daripada mereka kepada Malaysiakini.

10.40, PWTC:  Lebih 3,000 peserta memakai baju merah mula berkumpul. Ketika ditanya ada antara mereka mendakwa datang dari Pekan, Pahang.

Mereka berkumpul dan membunyikan vuvuzela sambil membawa sepanduk bertulis "Menolak Perhimpunan Bersih" dan "Menolak campur tangan asing".

10.35am, Jalan Conlay: Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan datang melawat dan bertemu peserta perhimpunan. Dia diiringi kira-kira 20 motosikal. Menurut beliau, himpunan hari ini menunjukkan bahawa rakyat negara ini perlu bersatu pada Hari Malaysia.

10.30am, Masjid Negara: Salah seorang peserta himpunan, Hasnah Jahiriah, 67, yang ditemui Malaysiakini berharap himpunan petang ini berjalan dengan aman tanpa sebarang kekacauan.

"Harap tak ada apalah yang kecoh," katanya.

10.20am, PWTC: Kira-kira lima peserta yang berkumpul di PWTC mengoyak dan membakar poster bertulis "Celaka DAP rasis celaka DAP rasis". Kejadian itu bagaimanapun berlaku hanya kira-kira lima minit dan tiada sebarang kekecohan lain terjadi.


Sumber dari Malaysiakini

-----------------------------------------







ATURCARA PROGRAM

a. Masjid Wilayah Persekutuan diketuai oleh Tn. Hj. Nasir (UMNO Pusat). 
Laluan: Jln. Sultan Ahmad Shah-Jln. Tuanku Abd. Halim-Jln. Parlimen-Padang Merbuk.

b. Masjid Negara diketuai oleh Datuk Dr. Puad Zakarshi.
Laluan: Jln. Kinabalu-Bulatan Dato Onn-Jln. Parlimen-Padang Merbuk.

c. PWTC diketuai oleh Datuk Hj. Md. Alwi Che Mat.
Laluan: Jln. Putra-Jln. Kuching-Bulatan Dato Onn-Jln. Parlimen-Padang Merbuk.

d. Kompleks Karangkraf diketuai oleh Dato Jamal Yunus.
Laluan: Jln. Conlay-Jln. Raja Chulan-Jln. Tun Perak-Bulatan Dato Onn-Jln. Parlimen-Padang Merbuk.

1-Selepas solat Dzuhur, Peserta akan mula bergerak tepat jam 2.00 ptg menuju ke Padang Merbok.

2- Flash Point; yg mana peserta tidak dibenarkan berhimpun adalah sekitar Jln. Bkt. Bintang dan Petaling Street.

3- Jangkaan >< 1000 buah bas akan diguna pakai bagi membawa peserta dari beberapa buah negeri. 4-. Aktiviti ceramah, berzikir dan solat berjemaah akan diadakan di Padang Merbok sepanjang himpunan yg dijangkaan berakhir selepas Maghrib. 


Sumber - KL Chronicle & Umno Online 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.