Fakta lain yang terkandung dalam warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim ialah - "Dan tolong jangan percaya yang mengaku sebagai "sumber sahih, dipercayai" yang mana Najib telah menghantar utusan bertemu saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.
"Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan."
Mengapa, sementara Anwar melahirkan kebimbangan terhadap Tun Mahathir dan projek Deklarasi Rakyatnya sambil meminta pimpinan PKR agar sentiasa berwaspada terhadap bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, beliau sendiri yang turut membangkitkan mengenai pertemuan sulit dengan geng Najib yang khabar anginnya tidak banyak pun diperbualkan oleh orangramai?
Ada yang mengatakan, selain mengadakan pertemuan dengan Zahid, Najib juga menghantar wakilnya iaitu Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji untuk bertemu Anwar.
Adakah Anwar secara halus sedang cuba memberitahu sesuatu di sebalik warkahnya itu?
Adakah apabila berlaku penafian, sebagaimana yang kerap berlaku dalam banyak kes sebelum ini, ia sebenarnya adalah tanda-tanda kebenaran semakin hampir?
Malah, kata mereka yang arif dalam mengikuti perjalanan politik Anwar, ketika mahu melawan Tun Ghafar Baba dulu pun, beliau bermula dengan penafian juga.
Dalam hal ini, mungkinkah pertemuan Anwar dengan wakil Najib dan Zahid Hamidi itu betul-betul telah berlaku?
Apakah Najib, di sebalik ditekan hebat oleh Tun Mahathir yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan disokong sebahagian pemimpin pro Azmin Ali dalam PKR, turut mengintai peluang untuk mempergunakan Anwar bagi menyelamatkan masa depan politiknya?
Itukah sebabnya, maka warkah dari penjara itu banyak sekali menyentuh mengenai Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat?
Itukah juga puncanya Anwar diberikan kelonggaran, sebagaimana yang diakui oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed, untuk menyebarkan warkah tersebut di sebalik peraturan Jabatan Penjara yang melarang sesuatu barang dibawa masuk atau keluar dari penjara?
Apakah selepas ini kita akan menatap lebih banyak lagi luahan Anwar berkaitan Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat?
Dan akhirnya, apakah Anwar bakal dibebaskan lebih awal daripada penjara melalui pengampunan yang akan diusulkan sendiri oleh Najib?
Apakah juga nanti, melalui pembebasan awal itu, bukan sekadar membuatkan Anwar, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan lain-lain pemimpin yang masih setia dengan Ketua Umum itu rasa terhutang budi dengan Najib, malah penyudahnya akan turut membawa perpecahan kepada PKR sama?
Di titik paling akhir sekali nanti, mungkinkah semua yang pro Anwar, termasuk Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah yang memang diketahui tidak menyokong Deklarasi Rakyat akan bertaut erat dengan Najib, UMNO serta BN dan pakatan pembangkang akan diambilalih oleh Tun Mahathir bagi meneruskan hasrat menyingkirkan Perdana Menteri dari tampuk kuasa melalui pilihanraya? (SH).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.