`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 17, 2016

MO1 Adalah YD Agong: MP Langkawi Diminta Jangan Bodohkan Rakyat



Saya ingin mengingatkan Nawawi Ahmad, yakni Ahli Parlimen Langkawi supaya berhenti bercakap memalukan rakyat Langkawi. Saya orang Langkawi dan saya berhak bersuara untuk anak Langkawi. 

Tidak perlulah Ahli Parlimen Langkawi memalukan Langkawi dengan membuat kenyataan bahawa MO#1 adalah DYMM Yang Di Pertuan Agong. 

MO#1 adalah penjenayah. Jangan kaitkan Raja kami dengan sebarang jenayah kewangan negara. Carilah MO#1 di PMO!

DOJ sebut MO#1 lebih dari 30 kali dan beliau adalah individu berkuasa dalam 1MDB, bersaudara dengan Riza Aziz serta beliau juga memegang jawatan dalam pentadbiran negara. 

Sultan Kedah yakni DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tiada jawatan dalam 1MDB. Baginda juga tiada tali persaudaraan dengan Riza Aziz. Baginda juga bukanlah penjawat awam.

Kenyataan Nawawi Ahmad telah menghina institusi Beraja negeri Kedah. Saya menggesa beliau segera memohon maaf secara terbuka kepada Duli Tuanku dan rakyat. Jika beliau enggan, saya kira rakyat boleh mendesak supaya segala pingat Yang dianugerahkan oleh Kesultanan Kedah ditarik balik dari beliau. 

Anina Saadudin

p/s Lain kali kalau nak bercakap pandang muka ayam. Jangan sampai kita malu dekat ayam selepas ayam pun malu dengaq apa kita bercakap. Malu kat ayam!



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.