`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 18, 2016

Wanita Lapor Polis Dakwa Abang Dipukul Di Penjara Hingga Pecah Usus



Seorang wanita bertindak membuat laporan polis dengan mendakwa abangnya cedera dipercayai akibat dipukul ketika ditahan di penjara.

Nursyazmira Mohamed, 23, berkata beliau dimaklumkan polis pada Isnin malam bahawa abangnya dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kerana mengalami kesakitan di dalam perut.

"Saya bergegas ke hospital dan diberitahu dia dimasukkan ke bilik bedah bagi menjalani pembedahan kerana ususnya pecah... dia masih belum sedar sejak keluar dari bilik bedah pada 6.40 pagi Selasa," katanya ketika ditemui pemberita di hospital itu di Kota Bharu semalam.

Nursyazmira, dari Kampung Bechah Hangus, Ketereh, berkata abangnya yang berusia 29 tahun ditahan Julai lalu kerana kesalahan dadah dan sebelum ini, pernah mengadu sakit akibat dipukul, namun tidak mendedahkan siapa memukulnya.

Nursyazmira membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada 3 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Beliau berkata polis akan mendapatkan keterangan dari mangsa apabila dia sedar bagi melengkapkan siasatan.

Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner Penjara Kamarul Alam Taib ketika ditemui berkata mangsa adalah banduan reman dan dihantar mendapatkan rawatan, petang Isnin lalu.

Beliau berkata pihaknya akan berhubung dengan polis mengenai perkara itu.

"Setakat ini saya dimaklumkan tahanan itu dihantar ke hospital atas sebab kesihatan.

"Kita juga akan mendapatkan maklumat dari pasukan perubatan penjara mengenai kecederaan yang didakwa. Jabatan akan menyiasat sebarang aduan yang diterima," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.