`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:

Saturday, November 19, 2016

Gambar-Gambar Pendemo #Merah Yang Hilang Arah & Pendemo #BERSIH5 Yang Dibrainwashed.

Pendemo Merah hari ini betul-betul macam anak ayam yang kehilangan ibu selepas Jamal dan dua orang kanannya ditahan polis. Jamal ditahan berikutan kesnya di Ampang Point hari tu. Dia kini ditahan reman selama 4 hari. 

Selepas berkumpul di sana sikit, sini sikit, situ sikit akhirnya kumpulan #Merah yang berpecah dan berterabur ini pulang ke rumah masing-masing. 

Ini mereka ketika berkumpul di Padang Merbok.





Melepak. Tidur. Baring. Main telefon. Buang sampah. Taktau nak buat apa.

Selain di Padang Merbok kelibat Merah juga ada di beberapa lokasi lain antaranya di Jalan TAR, Masjid Negara dan sekitar Puduraya. 

Mereka masing-masing berpecah dan tiada mempunyai halatuju yang jelas. Ini berlaku kerana mereka tidak pasti apakah yang patut mereka buat ketika berhimpun. 

Kelibat Merah juga didapati membawa kayu dan batang buluh. Namun sampai sekarang tak dapat dipastikan untuk apa ia digunakan. 

Baca : Pendemo #Merah Bawa Kayu Sakti Untuk Buktikan Kekebalan.

Ringkasnya. Perhimpunan Merah yang dijadualkan hari ini untuk menghalang atau menanggani pendemo #BERSIH5 boleh la kita sifatkan sebagai GAGAL.

Jumlah kehadiran tertinggi mereka ialah sekitar 6,000 sahaja. Jauh dari apa yang dihebahkan Jamal iaitu sebanyak 300,000 orang. Yang lain-lain tu berjuang kat rumah je la kot. Ye tak?

Kah Kah Kah

----------------------

Oke ini kritikan kepada #BERSIH5.

Buat benda sama berulang-ulang kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza setiap kali merupakan kerja bodoh.

Jangan pertikaikan usaha orang.
Ini ialah alasan nak melarang orang dari mengkritik.
(Alasan2 macam neh la bagi menghalang kritikan kepada kerajaan. Baju berbeza tapi perangai sama siot) 

Mereka timbulkan elemen simpati.
Ah tak baik kita kritik mereka.
Mereka ada usaha.
Kita ada apa?
Kita sembang saja.

Sepertimana agamawan balut diri mereka dengan hujah agama bagi mengekang kritikan, seperti itulah penyokong2 BERSIH balut diri mereka dengan hujah2 simpatik bagi menghalang sebarang bentuk kritikan terhadap entiti itu.

Bersih sudah sampai volume 5. Namun bukan sahaja bilangan kehadiran tidak bertambah bahkan ia bertambah korup.


KL kuning dengan 40,000. Dan tv3 kata ianya hambar. Dan memang ianya hambar. Menafikan kritikan dari tv3 berdasarkan sentimen itu bermaksud kau semua melarikan diri dari realiti. Orang yang tak boleh terima realiti, ialah manusia yang suka hidup di alam fantasi.

BERSIH4 lepas. 100,000 dikatakan telah turun.
BERSIH5 ialah 40,000.
Dan masih nak menipu diri sendiri mengatakan ianya berjaya?

Lagi cepat kita akui masalah kita, lagi cepat kita dapat mencari solusi yang terbaik untuk membetulkan keadaan. Namun penyokong2 BERSIH ini bukannya faham. Bagi mereka asal saja kau kritik BERSIH itu bermaksud kau tu macai Najib!

Jika sentimen ini tidak diperbaiki sebelum PRU ke 14, maka pembangkang jangan bermimpi nak menang besar.

Pecahan penyokong BERSIH5 yang turun masih didominasi oleh kaum cina. Ada sedikit peningkatan dari kaum melayu. Dari kaum india. Kaum melayu dan india dikatakan sama portion. Tetapi ia belum cukup kuat untuk dikatakan berjaya.

Sebenarnya bangsa apa pun yang turun tak penting. Kita neh rakyat Malaysia. Baik cina, india mahupun melayu mereka mewakili Malaysian.

Tetapi perkara ini akan menjadi topik untuk dipertikaikan oleh pihak sebelah sana bahawanya melayu semakin kurang menyokong pembangkang. Ia akan menjadi sentimen yang cukup bagus bagi mempengaruhi pemikiran melayu.

Siang tadi ketika melihat live BERSIH5, aku dapati dah boleh sangat dah cara yang BERSIH gunapakai untuk lepaskan rasa protes terhadap kerajaan masuk ke kubur laju-laju.

Pendemo macam zombie.
Brainwashed.

Pemimpin ke kanan. Kau ke kanan. Pemimpin arah ke kiri. Kau ke kiri. Betul-betul takde pendirian punya mahkluk.

Mahathir berucap. Azmin berucap. Zuraidah berucap. Muhyiddin berucap. Apa itu semua berucap. Kau mendengar. Datang dari pagi. Ada yang datang dari semalam. Tidur hotel. Bangun pagi. Berjalan berjam-jam lamanya. Sampai KLCC. Dengar pemimpin berceramah mengadap muka kau. Kau mengadap muka pemimpin.

Apa yang pemimpin cakap adalah apa yang kau dah tahu.

Salah ke kita turun demo ini? Takkkkkk.

Kita perlu lawan Najib. Yaaaaaa.

Hello.

Kita dah dengar dorang potpet benda neh dalam media hari-hari okay. Perlu ke kita turun ke depan muka mereka untuk mereka ulang semula perkara yang kita dah tahu lama? Bahkan kita terlebih dahulu tahu bahawanya BN tak boleh pakai berbanding Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin.

Siapa mereka nak ajar kita?

Siapa yang terlebih dahulu dah melawan BN sebenarnya neh? Aku confuse.

Aku confuse dengan penyokong2 BERSIH. Kenapa mereka mengiyakan aje kata2 pemimpin mereka.

Ini bukan masa untuk kita saling hadap menghadap dengar ceramah2 bangang macam tu lagi.

Kita dah tahu kenapa kita perlu lawan BN.
Kita dah tahu kenapa kita perlu undurkan Najib.
Kita faham kenapa SPR perlu ditambahbaik.

Untuk lawan Najib. Terus ke Putrajaya. Jangan cakap takde takde tempat nak lari. Kau nak lawan Najib ke atau nak main lari-lari neh?

100,000 turun sekali lawan.

Mati sama-sama.

Kata benci korupsi sampai ke dasar ahti. Takan mati kerana mempertahankan kebenaran kau jadi takut pula? Sembang je ke berapi2?

Untuk betulkan SPR pergi meroyan kat mana-mana pejabat dia. Dapat tembak depan office big boss dia pun jadi. SPR ada 14 cawangan. Berselerak.

Kita selerakkan diri kita pergi serang semua 14 cawangan tu sekali harung. Sediakan memo. Bawa placard bukan bawa bunga nak bagi ke polis. Lepas tu update gambar cina-india-melayu bersatu. Hello. Ini karnival perpaduan ke? Benda tu kalau perkara biasa tak perlu beria2 kau sebarkan. Bila benda tu kau beria2 sebarkan nampak sangat perpaduan kaum kat Malaysia neh parah bhai.

Bawa rasa marah bukan perasan gembira macam pergi bersuka-ria.

Jangan lagi kita bercakap2 sesama kita. Berkempen2 sesama kita. Kenapa kita perlu begitu. Kenapa kita perlu begini. Kita dah lepasi frasa tu. Sama-sama kita dah faham kan bab tu. Sembang apa lagi.

Kita sekarang perlu bercakap terus kepada Najib.
Maka kepada Najib kita akan datang untuk sampaikan suara ahti kita.

Kita juga perlu terus bercakap kepada SPR.
Maka kepada SPR la kita serang.
Yang p melancong2 sekitar KL buat apa?
Sampai 5 kali melancong tak puas-puas?
Itupun tak masuk demo-demo lain lagi.
Pening la aku dengan telatah korang neh. 

Sudah2 tu la nak.

Lepas dengar ceramah Mahathir kau balik update fb upload gambar selfie done berjuang sakit ahti sebab aku kutuk kau lepas tu kau ingat Najib bukan PM lagi esoknya?

Kau bukan done berjuang.
Kau hanya done buang masa.
Dan done buang duit juga.
Lepas tu memekak kat fb itu mahal ini mahal itu naik ini naik.
Tapi sanggup pula berdemo yang sia2 yang kita tahu tidak akan mengubah apa2 disebabkan kebodohan kita dalam menyesuaikan diri dengan sentimen dan pemikiran yang dah berubah2 akibat beberapa faktor persekitaran.

Dalam bahasa mudahnya. Parti dan pemimpin permainkan dan pergunakan kehadiran korang untuk melakukan desakan ke atas BN bagi menunjukkan persepsi bahawanya BN dibenci rakyat. Apabila sentimen ini berjaya mempengaruhi pengundi yang tak faham apa itu propaganda maka dia fikir menyokong BN merupakan perkara salah (in this case memang salah pun, ekeke) dan akan laju2 pangkah pembangkang supaya pembangkang boleh menang besar dalam PRU ke 14 nanti.

Pembangkang berhak propaganda untuk meraih kemenangan. Ini strategi mereka. Yang aku marahkan tu korang. Bodoh sangat dipergunakan pembangkang tanpa mengharapkan sebarang manfaat sebagai balasan. Manfaat kat sini bukannya duit atau rumah banglo disneyland. Tolong la. Manfaat kat sini maksudnya jika aku bersama kau untuk jatuhkan BN, dan aku buat kerja betul2 neh bagi menjatuhkan BN, parti pembangkang nak bagi apa ke rakyat? Rumah murah? Pinjaman bebas riba? Kereta tanpa cukai? Kualiti pendidikan dan kesihatan yang terbaik pada kadar mampu milik?

Apa dia nak bagi neh?
Nah, inila aku cakap. 
Bila penyokong takde jati diri, melulu dan taksub. Buta2 je jadi catur. Bila penyokong ada prinsip, jual mahal, maka pemimpin la yang akan menjadi catur kita. Mereka akan mentadbir betul2 demi menjaga kepentingan kita bagi mendapatkan kepercayaan kita. 

Faham ke?
Tak faham la korang.
Jilat pemimpin terer la.
Kbai.

1 comment:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu .saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: : (((_082 313 669 888_)))atau silahkan dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: (((_082 313 669 888_)))>
    KLIK DISINI

    ReplyDelete