`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 16, 2016

Kejatuhan nilai Ringgit, perlukan penyelesaian baru



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyedari akan kebimbangan awam berkaitan kejatuhan nilai Ringgit dalam situasi terbaru ketidaktentuan pasaran global, khususnya pasca keputusan pilihan raya di Amerika Syarikat.

Pada 13 November, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil langkah proaktif dengan mengingatkan semua pihak supaya mematuhi peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing sedia ada (Foreign Exchange Administration) dan menghindari daripada terlibat dalam urus niaga yang boleh dikaitkan dengan aktiviti spekulatif di pasaran luar pesisir.

Tindakan ini turut disokong oleh YB Ketua Pemuda PAS pada 14 November, dengan memberi kredit terhadap ketelusan dan profesionalisma pasukan BNM, di samping menyeru agar rakyat dan pelabur meletakkan keyakinan terhadap tindakan BNM dan mengelakkan sebarang spekulasi yang tidak berasas.

Saranan DPPM ini adalah bertepatan dengan prinsip kebebasan Dasar Monetari di bawah autoriti Bank Negara Malaysia, yang perlu diberikan sepenuh kepercayaan bagi mengurus pasaran kewangan dalam negara, antaranya dengan mengawal selia aktiviti perbankan, pengeluaran wang, penetapan kadar polisi, dan rizab matawang asing.

Dalam masa yang sama, DPPM menyaran agar pihak Menteri Kewangan yang bertanggungjawab terhadap Dasar Fiskal untuk mengambil langkah-langkah proaktif bagi mewujudkan suasana ekonomi yang kondusif kepada rakyat khususnya dalam aspek percukaian dan subsidi, sebagaimana yang sering dibangkitkan dalam sesi perbahasan Bajet 2017 di parlimen.

Selain itu, DPPM berpendapat inilah masa yang sangat sesuai agar BNM mengkaji dan mengemukakan kerangka Dasar Monetari Islam yang lebih komprehensif, sebagaimana yang telah dilontarkan oleh Umar Chapra di dalam bukunya berjudul ‘Towards a Just Monetary System' (1985) dan para cendekiawan kontemporari seperti Nejatullah Siddiqi (1980), Mohsin Khan dan Abbas Mirakhor (1987).

DPPM berharap institusi penyelidikan kewangan Islam di bawah naungan BNM seperti INCEIF dan ISRA dapat merealisasikan pendekatan Dasar Monetari Islam secara praktikal, khususnya dalam aspek memobilisasi simpanan, menghapuskan riba', pembiayaan ekuiti, dan matawang bersandarkan emas, agar ianya dapat direalisasikan dalam konteks ekonomi semasa yang memerlukan dimensi baru penyelesaian.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"
SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.