`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, November 16, 2016

SELANGOR PERLU BELANJA BUKAN RM2.7 BILION TETAPI RM4.3 BILION PADA SPLASH?

SPLASH_AzminAli
(Antarapos) – Kerajaan negeri Selangor terpaksa membelanjakan RM4.3 bilion jika akur pada tuntutan pampasan RM2.7 bilion oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) bagi menjayakan proses pengambilalihan aset syarikat konsesi air itu.
Menurut seorang pakar ekonomi bebas yang enggan dikenali berkata tuntutan RM2.7 bilion oleh SPLASH itu adalah nilai ekuiti semata-mata dan belum mengambil kira jumlah liabiliti yang ditanggung syarikat itu.
SPLASH dilaporkan menanggung liabiliti RM1.584 bilion.
“Kalau apa yang diminta oleh SPLASH itu berlaku, iaitu RM2.7 bilion untuk ekuiti sahaja, maknanya secara keseluruhan SPLASH akan dapat kira-kira RM4.3 bilion, yakni RM2.7 bilion ditambah dengan liabiliti RM1.584 bilion.
“Sepatutnya SPLASH hanya dapat RM 1.835 bilion (RM250.6 juta tambah dengan RM1.584 bilion). Nampak tak permainanannya? Dari mana kerajaan negeri mahu dapatkan duit (untuk bayar pampasan),” katanya kepada Antarapos.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini mempersoalkan adakah kerajaan negeri berhasrat menggunakan wang rizab Selangor untuk membayar pampasan yang meningkat 10 kali ganda daripada apa yang ditawarkan sebelum ini.
Untuk rekod, Khalid berkata SPLASH hanya layak dibayar RM250 juta namun kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan hampir bersetuju untuk membayar syarikat itu RM2.7 bilion.
Menurut sumber Antarapos itu lagi, jika kerajaan negeri tetap mahu membayar RM2.7 bilion kepada SPLASH, ia akan melebihi jumlah keseluruhan dana yang diperuntukkan untuk mengambialih aset empat syarikat konsesi air di Selangor.
Kerajaan negeri ketika diteraju Khalid bersetuju untuk menawarkan RM9.6516 bilion untuk mengambilalih keempat-empat syarikat tersebut.
“Kalau nilai keseluruhan pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi melebihi RM9.6516 bilion, maka ia akan beri kesan kepada tarif air, program pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama, dan kesan ke atas inisiatif untuk kurangkan air tidak terhasil (NRW) di Selangor.
“Paling kurang, tiga benda ini akan terjejas. Kalau nak kurangkan NRW, kita kena naik taraf dan ganti paip, jadi kita kena guna duit. Mana nak ambil duit? Inilah duit untuk kita nak guna untuk NRW dan pelbagai lagi,” katanya.
Bukan sekadar tiga perkara itu saja, ujar pakar ekonomi itu, tindakan membayar RM2.7 bilion kepada SPLASH akan menyebabkan timbulnya kemungkinan tiga lagi syarikat konsesi lain –  Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB), SYABAS dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) – akan membuat tuntutan yang sama.
“RM2.7 bilion ni mereka guna kaedah penilaian ‘net book value’ berbanding kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar (12% ROE), sebagaimana yang dilakukan kepada tiga syarikat konsesi tadi.
“Sepatutnya SPLASH pun kena guna kaedah yang sama (12% ROE). Kaedah ini digunakan selepas kerajaan negeri meneliti terma yang telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk SPLASH.
“Jadi nanti apabila tiga syarikat ini tahu SPLASH guna kaedah lain, mereka pun mesti mahu kaedah yang sama juga. Sebab itulah kita nak elakkan dua impak ini,” katanya sambil mempersoalkan keistimewaan SPLASH sehingga perlu diberi ‘layanan’ berbeza.
Oleh itu jelasnya, menggunapakai kaedah 12% ROE, tawaran yang berpatutan untuk SPLASH adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti, serta bayaran liabiliti sejumlah RM1.584 billion, sebagaimana yang ditekankan Khalid.
“Azmin perlu membayar SPLASH berjumlah 1.835 bilion saja, iaitu RM250.6 juta untuk ekuiti dan RM1.584 bilion untuk liabiliti.
“Jika tidak, beliau hanya akan ‘open the floodgates’,” akhiri beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.