`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for istiadat pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15

Saturday, January 7, 2017

Darkest Hour of Malaysian Civil Service : Ali Hamsa Lantik KSU Okt 2015 Walaupun Terlibat Rasuah Sejak 2010

Kenyataan Media.

*NAIK PANGKAT JADI KSU WALAU TERLIBAT RASUAH?*.

1. Suatu yang mengejutkan negara tentang sektor Perkhidmatan Awam bilamana 

SPRM menahan (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)* yang menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981 dikatakan terlibat dengan rasuah sejak tahun 2010sedangkan beliau menjawat jawatan sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada bulan Oktober tahun 2015.

2. Persoalan yang berbangkit sekarang ialah SPRM mendakwa penglibatan KSU tersebut dengan perbuatan rasuah semenjak tahun 2010 dimana secara tidak langsung menunjukkan 'amalan rasuah' KSU ini berlaku sebelum beliau dilantik sebagai KSU KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Perlantikan beliau sebagai KSU merupakan kenaikan pangkat dari jawatan yang beliau pernah sandang sebelum ini sebagai :

  • Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; 
  • Pegawai Kewangan Negeri Selangor; 
  • Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya,
  • Pegawai Daerah Sepang,
  • KSU Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani  dan terakhir 
  • KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bermula 16 Okt 2015.

Yang menghairankan saya ialah bagaimana beliau boleh dinaikan pangkat dalam keadaan beliau sudah pun terlibat dengan pengambilan rasuah semenjak tahun 2010?.

3. Apakah sistem saringan dalaman perkhidmatan awam begitu lemah sehingga *tiada penapisan terhadap pegawai bermasalah.

"Berdasarkan tangkapan yang dibuat ia menunjukkan SPRM telah lama 'menghidu' kegiatan rasuah KSU tersebut.

Bagi saya ini menunjukan sistem kenaikan pangkat dan pemilihan calon untuk kenaikan pangkat perkhidmatan awam kanan dibuat secara yang sangat tidak bertanggungjawab.

4. Kenaikan pangkat perkhidmatan awam berada dibawah tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan terletak dibawah pengawalan Jabatan Perdana Menteri yang anggotanya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.  

Apa yang berlaku kepada kenaikan pangkat KSU KKLW yang kini ditahan dan disiasat oleh SPRM adalah suatu yang sangat memalukan.

Amat memalukan apabila seorang yang berjawatan tinggi dikatakan berkelayakkan, berpengalaman dan berkredibiliti menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

5. Apakah yang telah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa lakukan terhadap cadangan kenaikan pangkat terhadap Datuk Mohd Arif Abd Rahman dari jawatan Pegawai Kewangan Negeri kepada TKSU sehingga ke jawatan KSU.

Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan mengumumkan perlantikan Datuk Mohd Arif sebagai KSU KKLW pada 16 Okt 2015 menyatakan yang Datuk Mohd Arif mempunyai kelayakan, pengalaman dan kredibiliti.

Tan Sri Dr Ali Hamsa perlu memberi penjelasan sebelum memberi penghargaan dan kenaikkan pangkat kepada mana-mana pegawai Perkhidmatan Awam.

Menjadi harapan 30 juta orang rakyat Malaysia agar Datuk Mohd Arif Abdul Rahman dihukum dengan setimpalnya atas kesalahan yang sudah lama beliau lakukan serta menyebabkan kerugian besar kepada negara dan rakyat.

*Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang!

#RasuahAdalahNajis
#RasuahMenjijikkan
#RasuahMusuhNegara
#MalaysiaTanpaRasuah
#PerangiRasuah
#SelamatkanMalaysia.

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3:30pm Taman Al Walid Alor Setar

My comments :  It seems that this fellow has been quite the character throughout his tenure in the Civil Service. Here is a blog site that talks about his history:



The point raised by Mahfouz is relevant. How did Ali Hamsa the KSN appoint this fellow to the KSU of the KKLWXYZ Ministry in 2015 when the SPRM says the same fellow was already under suspicion for corruption since 2010?

Ali Hamsa ini tidur ke? 

When I was on the MACC's Advisory Panel we did bring this matter up. Before promoting / transferring higher ranking civil servants isnt there any vetting done by the MACC / SPRM?  

The MACC replied that prior to promoting any civil servant, there is an SOP to have them vetted for corruption by the MACC. This applies for all ranks of Civil Servants including peons and clerical staff.

For example I had to provide my name and IC number (I suppose for security vetting) when a brother-in-law of mine was appointed as the 2nd Finance Minister (under Slumberjack).   Meaning the gomen does have its SOPs and vetting procedures. So how come this KSU fellow was appointed by Ali Hamsa in 2015 when the MACC has obviously opened an investigation file on him for corrupt practises since 2010?

The person to answer this intriguing question is none other than Ali Hamsa the KSN.  Plus also the MACC.

Ok here is the other side of the coin.
 
This fellow is obviously a sidekick of his boss Ismail Sabri who is the Minister of the KKLWXYZ.  If you see his career path : 
  • TKSU Kem Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
  • KSU Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani  dan terakhir 
  • KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar, Wilayah (KKLW) 16 Okt 2015.
the minister at the relevant Ministries above was none other than Ismail Sabri. Dia ikut Ismail Sabri.
   One comment sent into this blog said that his boss Ismail Sabri was getting ambitious in UMNO and is aiming for a  Vice President's slot.  Obviously there are parties inside UMNO who want to shoot him down. Hence the arrest of his sidekick is a warning to Ismail.  So the comment says.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .atau KLIK DISINI

    ReplyDelete