`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for istiadat pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15

Wednesday, January 4, 2017

FELDA- 1956-2012?

Image result for felda, fgv dan Eagle High PlantationsImage result for felda, fgv dan Eagle High Plantations

Siapa yang mahukan FELDA membeli Eagle High Plantations? Jawapan nya ialah Najib. Ertinya, sama seperti penyenaraian FGV dahulu, sekali lagi najib sudahscrew FELDA.

Dan bersama dengan nya, peneroka yang bernaung dibawah panji2 FELDA sejak 1956 sehingga lah 2012, peneroka juga digerudi dan disula oleh Najib. Tahun 2012, FELDA seperti yang kita ketahui, berhenti ujud.Tahun itu, FGV ambil alih Felda.

Nasib peneroka FELDA sama seperti katak yang direbus perlahan lahan- tidak merasa bahaya air yang akan menggelegak sehinggalah ianya direbus hidup2. Anak2 peneroka yang doctor, jurutera, lawyer, akauntan, ekonomis dan lain2- tolong sedarkan peneroka mengenai hal ini.

Yang disebut sebagai lumpenproletariat- yakni jenerasi ke2 dan ke3 yang tidak ada pelajaran tinggi sangat, mundar serta mandir tapi ada kapasiti penalaran( reasoning capacity) berdasarkan common sense, tolong ubah minda orang FELDA.

Tun Razak sebut tulong. Tulong.Tulong selamatkan FELDA.

Ini ada betul2 jembalang yang mahu menghancurkan FELDA. Nama dia najib tun Razak. Dia disokong oleh perompak dan penyamun.

FGV tidak mahu beli, sekarang FELDA yang konon nya mempuyai puluhan tahun  pengalaman dalam perniagaan yang ia tahu lebih dari orang lain, mahu membeli Eagle High pada harga RM2.3 bilion.Apa bezanya Felda atau FGV atau FIC? Semua nya milik kerajaan dan Najib merasakan kerajaan ini milik keluarga nya.Felda kata mereka guna kaedah enterprise value per hectare, suatu cara meletak harga secara rasa rasa.

Banyak pulak duit FELDA? Jika banyak, lebih baik write off sebahagian hutang peneroka yang keseluruhan nya berjumlah RM5 billion. Atau restructure hutang peneroka- segala hutang dipotong maksima RM150 sebulan. Jangan potong semua, nanti peneroka FELDA ingat hutang tidak perlu dibayar.

Orang Melayu ini, seperti yang pernah dikatakan kepada saya oleh PM hari ini- tidak ada yang lebih menyukakan hati mereka, selain mendapat sesuatu dengan percuma. Jika suatu saham felcra layak diberi untuk suatu ketua keluarga, mereka mahukan setiap anggota keluarga- yang duduk diluar kawasan pun, mesti diberikan saham. Sebab ianya free. Mak, ayah, atuk, 7 anak mesti diberi setiap satu.Dan najib tahu hal ini. Dekat pilihanraya, dia akan menurunkan durian runtuh kepada peneroka. Beres semua.

Apa kah perkiraan yang najib lakukan untuk membeli 37% ekwiti dari  Peter Sondakh? Tidak ada economic sense kecuali Peter Sondakh kawan dia dan Rosmah. Atau , mohon dijauhkan Allah, Peter Sondakh hanya front untuk Najib untuk mencedok sebahagian wang untuk selesaikan 1MDB. 

Apa yang istimewa tentang Eagle High sehingga kita hendak beli?  Dari kawasan tanah 300,000 lebih hektar hanya 125,000 hektar ditanam. Dan kenapa kos membangunkan satu hektar mengikut pengalaman FELDA sendiri ialah RM7-8 ribu per hektar sehingga boleh dituai, tapi dalam tangan penganalis, kos nya sekitar RM15,000 sehektar? Ini pun mahu kebas?

Bayangkan 175,000 boleh dibangunkan dengan kos RM1.4 bilion menjadi RM2.62 billion atau lebih. Ertinya, yang membuat keputusan membangunkan kawasan belum tanam, boleh membuat RM1.22 billion! Tamak nya mereka ini!  Kos ini akan ditanggung bersama oleh FELDA pada tahap 37%. Awak ada share 37%, maka tanggung juga kos2 nya sebanyak 37%.

Siapa yang otak siuman mereka mahu membayar RM2.3 billion untuk 37% tanpa kuasa penentu?

Mengapa kita tidak ada dengar syarikat ladang gergasi yang lain,  berburu buru mahu membeli tawaran yang bak ini?

Ada berita yang tersibar bahawa lembaga pengarah FELDA sendiri tidak bersetuju membeli eagle high tapi PM yang menjaga FELDA mendesak supaya pembelian dilakukan. What Najib wants, he must get and we must give.

FELDA tidak ada wang tapi mengapa mahu membeli 37% Eagle High? Jika dia terbitkan bon, ianya akan dijamin oleh kerajaan. Dan negara yang menanggung bayaran nya. 

Ekwiti yang sama ditawar kepada sebuah gergasi Pelaburan Malaysia dengan harga RM960 juta, tidak mahu dibeli setelah syarikat melakukan due dilligence. Kemudian ekwiti tersebut ditawarkan juga kepada suatu syarikat ladang yang lain pada harga RM1.3 billion, juga ditolak setelah due diligence dibuat. Iaitu setelah penelitian dan kecermatan-perlu dilakukan.

Ertinya,  syarikat pelaburan dan perladangan menolaknya, tapi FELDA membabi buta menerima membeli nya pada harga yang tidak munasabah.

Dahulu USD680 juta ditawarkan kepada FGV. Sekarang USD505juta ditawarkan kepada FELDA. Hurray kata Najib, kita jimat USD 175 juta. Tapi dalam RM bagaimana? Ketika ditawarkan kepada FGV, Ringggit kita pada Dollar ialah RM3.5. sekarang ianya RM4.4. penjimatan dalam RM adalah suatu yang tidak boleh dibanggakan.Sekarang Rinngit Malaysia sudah mencecah RM4.50 pada satu Dollar.

Sekali lagi, penipu dalam tubuh Najib itu setiasa tampil kemuka.

Apa alasan untuk peneroka FELDA menolak Najib? Walhal , seperti yang kita tulis sebelum ini, peneroka ada serba serbi.

Apa bencana yang menimpa FELDA? FELDA hari ini bergantung kepada flagship nya FGV. Bisnes asas FELDA iaitu perladangan sawit diambil alih sepenuhnya oleh FGV. FGV juga telah ambil alih kesemua asset dan bisnes yang dahulu nya dlakukan oleh FELDA Holdings.Felda dapat RM10 billion. Bagaimana agihan nya kita tidak tahu. Hutang EPF sebanyak sekitar RM6 billion tidak juga berkurang. Berapa diberi kepada jabatan PM? Berapa diberi pada KPF setelah penyeneraian?

Ertinya, FELDA telah ditelanjangi dan orang yang bertanggung jawab ialah Najib Razak. Dia lah yang mahukan FGV disenaraikan dengan cadangan dari CIMB dan Pemandu. Sekarang FGV pun tidak pun mencipta perniagaan baru kecuali mengembangkan bisnes perladangan- suatu bisness yang dilakukan oleh FELDA salama ini. Sedangkan FGV ialah sebuah anak syarikat FELDA yang mempunyai rekod perniagaan yang tidak baik yang selalu menanggung kerugian.FELDA sekarang menjadi sebuah syarikat cacar merba dengan bisness yang pelbagai- membeli hartanah, hotel dan apartment mewah, bisnes2 hiliran seperti oleo chemicals dan hasilan dari minyak sawit.Jangan lupa bela ikan sturgeon yang memberi penganjur projek ini membalun kayu balak di kawasan Jerantut.

FELDA membuat suatu kesilapan yang besar iaitu melepaskan bisness yang dia ada competitive advantage yakni perladangan sawit. Ini suatu bisnes yang ia ada kelebihan dari saingan2 yang lain- sedangkan FGV ketika itu, sudahlah merupakan pemegang ekwiti yang lebih kecil dari KPF dalam FHB, tidak menunjukkan competitive advantage- kelebihan dari saingan nya.

Maka alasan pertama orang FELDA mesti tolak Najib ialah kerana memusnahkan FELDA. Peneroka FELDA mesti ada rasa sayang kepada institusi FELDA itu sendiri. Sekarang FELDA itu sendiri diganasi dan diperkosa.

FELDA lah yang membentuk kehidupan yang peneroka rasai hari ini. Tapi hari ini, angsa yang menghasilkan telur emas mahu disembelih oleh Najib Tun Razak.

Siapa yang mahu menyenaraikan FGV jika tidak Najib sendiri? Perancangan kepada penyenaraian FELDA ini terbit dari cadangan CIMB investment bank. Ianya disokong kuat oleh PEMANDU yang dipimpin oleh Idris Jala. Kesemua mereka melihat bahawa FELDA dan fgv boleh dijadikan mesin mencetak wang dan kekayaan. Najib yang tidak begitu pandai itu, terpengaruh dengan cadangan business model yang difikirkan oleh mereka yang tidak pernah ada pengalaman dalam bidang perladangan. Najib hanya berminat sama ada dia boleh tumpang sakau wang bila penyenaraian FGV dilakukan.

Biar kita ulangi lagi. Yang bertegas mahu menyenaraikan FGV dan menendang keluar KPF ialah Najib. Justifikasi intelektual datang dari kertas candangan CIMB dan Idris Jala ketua Pemandu.

Najib bila diberi taklimat dengan flow chart dengan powerpoint razzle dazzle( showy, noisy and exciting) terlopong mulut dan mengistharkan- senaraikan FGV!

Ini sebab pertama mengapa peneroka yang jika ada kasih dan sayang kepada instutusi FELDA itu, mesti ada rasa iri hati jika FELDA diperkosa seperti yang dilakukan Najib.

Jika tidak ada Najib pun, kemudahan dan kehidupan yang dinikmati oleh peneroka tetap disediakan. Najib pun hanya mengambil alih FELDA kalau tidak silap saya dari Kasitah Gadam. Kasitah Gadam mempunyai cerita yang menarik mengenai transaksi kewangan yang berlaku. Berapa banyak wang yang diserahan kepada najib selaku menteri yang mengambil alih FELDA ketika itu?

Apalagi ketika itu kita ada PM yang selalu tidur yang tak tahu hujung pangkal menyerahkan FELDA kedalam tangan Najib. Sedangkan Najib dianggap oleh umum sebagai menteri pertahanan yang paling korap sekali dalam sejarah Malaysia. Sayugia dinginatkan, Najib made hay while the Mahathir sun shone.

penyenaraian itu ditentang oleh majority pegawai FELDA. Walaupun bukan semua baik, bahkan korapsi dikalangan kakitangan fedla pun meluas, tapi mereka masih mempunyai perasaan dan conscience tidak mahu menjahanamka FELDA.

Posted by Ariff Sabri (with permission)

2 comments:

  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu sukma seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wijoyo di nomor +6282346668257--/-0823-4666-8257-silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas silakan klik disini


    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand





    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete