`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 6, 2017

Jamal Yunos kata ada tauke judi bagi dia beg berisi wang RM1 juta

DALAM kiriman terbaru di facebook malam tadi, Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos, atau lebih dikenali sebagai Jamal Jamban mendakwa dia baru sahaja diekori oleh tauke judi yang kemudiannya menyerahkan sebuah beg berisi wang tunai sebanyak RM1 juta kepadanya.


Namun dakwanya, dia telah bertindak mencampakkan kembali beg berisi duit itu kepada tauke judi tersebut. 

Sebelum itu dakwanya, dia turut menerima banyak panggilan daripada ramai tauke-tauke judi untuk berjumpa dengannya sekaligus mahu menawarkan wang bulanan yang disifatkannya sebagai sangat memeranjatkan.

Dalam kiriman itu juga Jamal Jamban menegaskan bahawa kegiatan kedai mesin judi di Selangor dan seluruh negara perlu dihapuskan.

Aku tak tahu sama ada cerita yang ditulis oleh Jamal Jamban ni kisah benar atau sekadar nak meraih populariti seperti yang dia selalu buat. 

Jika benar dia dapat beg berisi wang tunai RM1 juta, bukankah itu satu bentuk rasuah? Jamal patutnya membuat laporan kepada SPRM kerana tauke judi cuba rasuah dia, bukannya tulis cerita di facebook. Bila tauke judi dah yang cuba rasuah dia dah kena cekup dengan SPRM barulah post di facebook. Itu yang patut dia buat.

Banyak kedai-kedai mesin judi boleh kita lihat depan mata, di banyak tempat seperti di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Tak payah nak siasat macam James Bond sebab memang berlambak kedai-kedai mesin judi ni. 

Malah ramai kawan-kawan aku yang suka main judi kat situ.

Salah seorang kawan aku masa di kampung dulu, dia kerja jaga kedai mesin judi. Banyak kali dia kena tangkap bila polis buat serbuan, tapi rupanya tauke kedai akan bebaskan dia, malah setiap hari dia merengkok dalam lokap tu, akan dibayar sebanyak RM300.

Kalau kena tahan 3 hari dapatlah bayaran RM900. Kata dia lagi, kalau ada pelanggan yang kena tangkap masa serbuan pun, akan dapat sagu hati yang nilainya lebih kurang sama. 

Kawan aku tu siap kata, dia lagi suka kena tangkap sebab duit sagu hati yang dia dapat kerana merengkok dalam lokap daripada tauke judi, lebih banyak dari duit gaji dia jaga kedai mesin judi.

Sampai sekarang tak pernah aku dengar kawan aku tu atau tauke kedai mesin judi yang dijaganya kena dakwa di mahkamah, sampai sekarang kedai tu masih beroperasi.

Tangkap, tangkap lepas, tangkap tangkap, lepas, macam tu jelah entah sampai bila.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.