`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 25, 2017

ROHINGYA DAN KITA (SIRI 3): ROHINGYA BOLEH CETUS ASEAN-SPRING


DARI SUDUT LAIN
Ramai sedia maklum tentang fenomena arab Spring yang berlaku di Timur Tengah. Kebangkitan rakyat kononnya menggulingkan rejim pemerintah. Bermula dari isu Tunisia, kemudian merebak ke Libya, Mesir, Syria, Bahrain, Jordan, dan Yaman.
Menerusi arab spring, matlamat mengguling rejim kebanyakannya tercapai. Malangnya matlamat untuk mewujudkan kestabilan tidak tercapai. Timur Tengah hari ini lebih huru-hara daripada sebelum rakyat bangkit. Bak kata Tuan Guru Abdul Hadi, Arab Spring yang hanya mendatangkan musim spring (musim bunga) tetapi tidak berbuah.
Myanmar Suu Kyi Silence
Jika dikaji punca arab spring, ia bermula dari rasa tidak puashati rakyat yang tertindas. Rakyat tersebut bangkit menghadapi kerajaan walau sanggup bergadai nyawa. Keadaan itu mencetuskan huru-hara di kawasan berkenaan. Malangnya keadaan ini telah memberi peluang kepada tentera militant tajaan US iaitu ISIS, al-Qaeda serta berbagai kumpulan lain untuk masuk dengan alasan membantu rakyat menentang rejim. Mereka datang dari berbagai negara.

Lama-kelamaan, rakyat sudah letih berperang dan hanya mahukan kehidupan mereka seperti dahulu. Tetapi mereka yang datang dari luar pula yang mengambil alih penentangan untuk memastikan kekacauan terus berlaku. Kini, isu yang dimainkan oleh media bukan lagi isu rakyat seperti ekonomi, keadilan, pendidikan, dan integriti sebagaimana awal revolusi dahulu. Sebaliknya isu sektarian antara sunni-syiah yang menjadi minyak tanah menyimbah api agar terus marak membakar.
Seorang pengkaji konflik Syria bernama Steven Sahiounne mendedahkan, bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku bermula dari kisah anak kecil yang menconteng dinding di Daraa hanya rekaan semata-mata. Sebaliknya daerah itu dipilih sebagai ‘sumbu’ revolusi kerana lokasinya di sempadan dengan Jordan, memudahkan campurtangan luar seperti tentera, senjata dan media propaganda untuk masuk.
Boleh baca pendedahannya secara lanjut di sini:
Justeru itulah rakyat kita harus bimbang tentang krisis yang berlaku di Rakhine melibatkan etnik Rohingya ketika ini. Kedudukannya di pinggir laut Andaman memudahkan akses ke kawasan bergolak. Kemungkinan besar ISIS akan masuk atas nama membela orang Islam dan memerangi pelampau Buddha.
Sekilas pandang mungkin ramalan ini menggembirakan kita sebagai orang Islam. Tetapi kesannya adalah sebagaimana di Syria. Isu sektarian akan sekali lagi dimainkan. Kali ini melibatkan sentiment agama Islam dan Budhha pula.
Rohingya-Camp-Sittwe
Sedarkah kita bahawa orang Islam dan Buddha sekarang berkongsi tanah air di hampir kesemua negara rantau ini? Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja termasuk Brunei dan Singapura. Sekiranya sentiment Islam-Budhha berjaya dimainkan, hampir pasti pergolakan di Barat Daya Burma itu merebak ke serata Asia Tenggara.
Mungkin ada yang mempersoalkan, kenapa pula kuasa barat mahu melibatkan Asia Tenggara dalam hal ini? Banyak sebabnya. Antaranya di rantau ini memiliki hampir setengah billion orang Islam. Indonesia menjuarai senarai sebagai negara teramai umat Islam di dunia. Dari satu sudut yang lain, telah menjadi rahsia umum menerusi dokumen-dokumen dan ucapan pihak berautoriti di Barat bahawa bahaya utama kuasa besar pasca perang dingin adalah umat Islam.
Selain itu juga, Asia Tenggara menjadi medan perebutan antara tiga kuasa ekonomi terbesar dunia sekarang; China, Jepun dan Amerika. Kebanyakan pasaran di rantau ini dikuasai oleh China dan Jepun. Amat sukar bagi Amerika secara teorinya untuk masuk dan menyaingi dua negara tersebut, melainkan dengan kaedah ketentaraan.
Kerana itulah dalam akhbar Jakarta Post, sejak 2012 lagi Setiausaha Agung ASEAN Surin Pitsuwan telah menyatakan bahawa isu Rohingya ini boleh menjejaskan kestabilan serantau jika tidak ditangani dengan baik.
Huraian lanjut di sini:
Dalam kenyataan media Markas Angkatan Tentera Malaysia pula, antara isi kandungan pertemuan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dengan Presiden Myanmar, Htin Kyaw, adalah menyebutkan tentang ancaman kumpulan pelampau seperti ISIS (Daeesh) di Rakhine.
Beliau juga menekankan bahawa kerjasama negara-negara ASEAN amat diperlukan untuk menangani ancaman Daesh di rantau ini.” Jelas Markas ATM tentang polemik kunjungan bekas Panglimanya ke Myanmar tahun lepas.
Kenyataan penuh di sini:

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.