`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 4, 2017

[VIDEO] Kelantan Dilanda Banjir Besar, Idris Ahmad Tak Mahu Ulas Lagikah?

Mangsa banjir di Kelantan terus bertambah 

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan hari ini semakin bertambah berikutan hujan lebat berterusan dan kadang kala renyai. 

Menurut ePortal Banjir Kerajaan Negeri sehingga jam 12 tengah hari jumlah mangsa bertambah kepada 4,218 orang membabitkan 1,455 keluarga ditempatkan di 50 pusat pemindahan. 

Daerah paling banyak yang dipindahkan adalah di jajahan Pasir Mas melibatkan kawasan Rantau Panjang, Alor Pasir, Gua Periok, Kangkong dan Kubang Gadong dengan 2573 mangsa terdiri daripada 1004 keluarga. 


Sementara itu, dua sungai utama iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Golok masih melepasi paras bahaya. 

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, mencatatkan bacaan 17.55 meter melepasi paras bahaya 16 meter. 

Manakala Sungai Golok di Jenub, mencatatkan bacaan 24.03 meter melepasi paras bahayanya 23.50 meter dan Rantau Panjang, 10.35 meter, juga melepasi paras bahaya 9 meter. 

Dalam pada itu, sebanyak 30 sekolah menengah dan rendah di Kelantan masih ditutup sejak 1 Januari membabitkan 9,501 pelajar. -SH 



ULASAN GB 

Pada tahun lepas, tatkala negeri Pulau Pinang dilanda banjir kilat, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad begitu cepat mengeluarkan kenyataan ditujukan kepada DAP bahawa "Allah bayar tunai kepada orang angkuh." 

Kini apabila Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, dimana ulasan Idris Ahmad? 

Dengan menggunakan ayat Idris yang sama, apakah kini Allah sedang membayar tunai kepada PAS dan UMNO yang angkuh? 

Janganlah sampai kita berlaku tidak adil apabila membuat kenyataan. Jika musibah menimpa kita, kita menyatakan itu ujian sedangkan apabila musibah menimpa orang lain kita katakan itu bala bencana. Bukankah anda seorang agamawan yang bergelar ustaz dan bukankah anda mengetahui firmanullah ini?

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Maaidah: 8)

Bukanlah hasrat kita untuk memanjang isu berkenaan. Tetapi ingin mengingatkan kepada rakan-rakan kita agar di lain kali tidak terlalu cepat dan gopoh dengan menggunakan nama Allah sebagai hujjah lantaran kebenciannya terhadap sesuatu kaum atau kumpulan. 

Marilah kita bersama-sama bermohon kepada Allah swt agar banjir besar di Kelantan dan Terengganu segera pulih dan bersama-sama membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terlibat disamping tidak lagi menjadikan musibah-musibah sedemikian sebagai permainan politik sempit di atas nama agama tanpa mengira di mana saja musibah itu berlaku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.