`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 3, 2017

DATUK SERI NAJIB TIDAK DIMAKLUMKAN TINDAKAN TERHADAP ANNUAR MUSA

Bagi sya tindakan penggantungan terhadap Annuar dikira tepat dan wajar.
Rakyat pun sudah mual dgn kelaku org2 spt (bekas2 Menteri dan ahli politik) yg dipilih menerajui Syarikat milik Kerajaan GLC dsb..sbg Pengerusi…Pengarah… Penasihat dsb,
Mereka masih rasa diri hebat…bijak…berwawasan selain mndpt imbuhan yg besar dan kerap membuat keputusan ikut sedap rasa dan hati seolah2 Syarikat milik ‘bapa’ mereka.
Sudah smpai masa org2 spt Annuar dlm banyak lagi Syarikat milik kerajaan atau berkaitan… GLC dsb digantikan sahaja sebelum mereka memperlingkupkan Syarikat untuk tujuan mengukuhkan diri dan survival politik agar diri masih relevan walau pun sebenarnya adalah beban ‘liabilty’ pd Syarikat.
Org Kedah kata…”dok peghabieh beraih sahaja…mcm syarikat bapa hangpa punya….balun elaun sana sini…pi berjln sana sini lagi at as urusan kerja kunon,…,mcmlah terror sangat…dahlah ada pencen menteri…semua nak sapu”.
Nafsu serakah org2 spt ini tidak pernah cukup…inilah dia pentadbiran negara dibawah kerajaan BN Umno.
Semua wajar dirubah…dan dibetulkan.
Syabas pd Majlis Mara Dr Yusuf Yakob kerana berani melakukan perkara yg betul.
Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak dimaklumkan lebih dahulu tentang tindakan penggantungan mengejut Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerui Majlis Amanah Rakyat( MARA) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB).
Tindakan itu mahu tidak mahu pastinya menjejaskan reputasi Annuar Musa seorang veteran UMNO yang sekarang menjadi anggota Parlimen dan kedudukan pentingnya dalam UMNO sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Penggantungan itu yang dilakukan oleh Majlis Mara yang dipengerusikan Oleh Dr. Yusof Yacob ketika Annuar berada di luar negara menampakkan seperti suatu rampasan kuasa yang dilakukan dalam sebuah negara ketika perdana menterinya tidak ada.
Penglibatan Annuar dengan penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur bagi Pasukan Bola Sepak Kelantan The Red Warriors(TRW) setelah dipersoalkan oleh Tengku Mahkota Johor(TMJ) telah mendorongkan tindakan tersebut .
Annuar terpaksa bercuti dari kedua jawatan itu untuk memberikan laluan kepada siasatan rasuah oleh SPRM.
Datuk Seri Najib yang mungkin terperangkap dalam suatu tindakan yang tidak dimaklumkan kepadanya lebih dahulu terpaksa membuat kenyataan untuk membersihkan persepsi buruk terhadap Annuar yang telah timbul dengan mangatakan kesanggupan Annuar untuk disiasat SPRM menunjukkan beliau mahu membersihkan namanya”
Apapun muka Annuar telah disapu dengan arang dan juga memburukkan lagi pandangan banyak pihak terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang walaupun telah diberikan kedudukan tetapi mahu mempergunakannya untuk mempromosi dan memperteguhkan kepentingan politik.
Mungkin kerana nampak bahaya inilah maka Datuk Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri menasihatkan Khairy Jamaluddin supaya tidak bertanding jawatan Presiden FAM. Zahid tentu tahu tentang konspirasi Khairy dan Datuk Hishamuddin Hussein Onn untuk mencabar kedudukan Zahid bagi masa depan mereka.
Yang jelas kepada umum tindakan rampas kuasa oleh Majlis Mara itu adalah untuk membersihkan diri mereka dari terlihat bersekongkol atau bersubahat dengan sebarang tindakan penyalahgunaan kuasa atau wang yang dilakukan oleh orang politik atau kuasa politik. Pegawai-pegawai kerajaan telah berani untuk tidak lagi menjadi mangsa kepada nafsu serakah orang politik.
Apa yang telah berlaku tidaklah membantu UMNO dalam memperbaiki imejnya yang berada dalam keadaan yang amat tercabar malah tambah memburukkan lagi dan mempersukarkan lagi kepimpinan Datuk Seri Najib yang pengaruhnya semakin terhakis.
– zamkata.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.