`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 28, 2017

Guru ILP maki, tendang dan pukul kepala murid ketika mengajar

SEBUAH rakaman video kejadian seorang guru dikatakan di Institut Latihan Perindustrian, ILP yang memaki hamun pelajar selain menendang dan memukul kepalanya ketika mengajar menjadi viral di media sosial.

Dalam video tersebut, guru itu memaki pelajarnya dengan sebutan 'bodoh' selain dilihat memukul kepala pelajar itu beberapa kali, sebelum menendangnya sehingga menyebabkan pelajar itu jatuh terduduk.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO


Guru terbabit turut melempang pelajar yang sama beberapa kali. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku sampaikan guru tersebut bertindak begitu garang kepada anak muridnya.

Dari rakaman video, difahamkan guru tersebut sedang mengajar subjek berkaitan penghawa dingin, manakala anak murid yang menjadi mangsa dilihat seperti melakukan kesalahan ketika mengisi gas ke dalam penghawa dingin tersebut.

Difahamkan lagi kejadian ini dirakamkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra Kedah.

Salah seorang warga media sosial yang prihatin telah bertindak menghubungi Jabatan Tenaga Manusia, JTM melalui laman facebook rasmi jabatan itu.


JTM melalui  halaman facebook rasminya mengesahkan bahawa tindakan tegas serta merta telah diambil berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Di bawah ini video rakaman kejadian tersebut, sila klik button play untuk menonton.



-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.