`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 28, 2017

Tak Payah Pergi Klinik 1 Malaysia, Tiada Doktor, Hanya Bagi Panadol Je Kata Azmin Ali.

Image result for klinik 1Malaysia
Dalam memperkenalkan tentang Skim Peduli Sihat, satu inisiatif terbaru kerajaan negeri bagi membantu golongan susah yang memerlukan rawatan kesihatan, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sempat menyindir gagasan Najib tentang Klinik 1 Malaysia.
Skim Peduli Sihat
Skim Peduli Sihat
“Tak payah pergi Klinik 1 Malaysia sebab faktanya (Klinik 1 Malaysia) tiada doktor. Dia bagi panadol sahaja. Sakit jantung panadol, angin ahmar panadol, semput panadol, lelah panadol dan akhirnya kita mati kerana panadol.
Tapi kalau anda ada kad Peduli Sihat, tidak perlu tunggu sampai sakit kronik, terus pergi klinik swasta berhampiran,” katanya kepada pemberita, seperti dipetik dari portal Selangorkini.
Kata Azmin Ali, dengan mendaftar dibawah Skim Peduli Sihat, rakyat berpeluang menikmati rawatan kesihatan asas di klinik mahupun di hospital swasta dengan cepat tanpa perlu bergantung kepada Klinik 1 Malaysia lagi.
Skim Peduli Sihat ialah salah satu inisiatif yang diasaskan dibawah pelan Peduli Rakyat yang dibentuk oleh kerajaan negeri bagi memanfaatkan rakyat Selangor.
Setakat ini 40,000 orang telah berdaftar dibawah skim tersebut sejak dilancarkan pada Januari lepas. Skim tersebut adalah respon balas kerajaan negeri terhadap aduan yang diterima dari rakyat berhubung kos dan masalah berkaitan rawatan kesihatan sekitar Selangor.
Layari web ini untuk lebih banyak info tentang Skim Peduli Sihat : https://www.pedulisihat.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.