`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 26, 2017

Gambar Exco Kesihatan Negeri Johor hisap rokok pula tersebar

GAMBAR Dyana Sofya menghisap rokok yang tersebar di media sosial, mencetuskan perbualan hangat di kalangan netizen. Pelbagai pandangan diluahkan oleh orang ramai.

Sebahagian netizen membandingkan perbuatan itu dengan salah seorang menteri wanita, Datuk Azalina Othman yang sebelum ini memuat naik gambarnya menghisap cerut di laman Instagram.

BACA — Gambar Dyana Sofya merokok tersebar

Ada yang berpendapat ia sebagai satu perkara besar, ada juga yang menganggap ia sekadar isu remeh.

Apa yang menarik perhatian, pertembungan pendapat di kalangan netizen berhubung isu tersebut telah membawa kepada penyebaran gambar Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Datuk Haji Ayub Rahmat yang sedang merokok.


Difahamkan gambar Ayub yang juga merupakan ADUN Kemelah sedang menyalakan api rokoknya itu diambil ketika beliau turun padang dalam kejadian banjir yang berlaku di Segamat baru-baru ini. 

Sebagai seorang Exco Kesihatan, beliau tentu terlibat dengan pelbagai program kesihatan di Negeri Johor termasuklah kempen kesedaran kepada rakyat agar tidak merokok. 

Namun nampaknya beliau yang sepatutnya lebih sedar tentang bahaya merokok, tapi beliau sendiri yang menghisap rokok, itu antara luahan netizen.

Aku cadangkan selepas ini, buat satu undang-undang atau ketetapan, mana-mana calon yang mahu menjadi wakil rakyat mestilah dipilih dari kalangan orang yang tidak merokok.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.