`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for selamat berpuasa

Saturday, February 11, 2017

HORMATI TUANKU, KU NAN DISARAN MOHON AMPUN

ALOR SETAR – Exco Pelancongan dan Warisan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid tidak bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadikan Langkawi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.
“Ia cadangan yang tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya disuarakan langsung,” tegas, Mohd Rawi.
Menurutnya, Langkawi adalah sebahagian daripada 15 kawasan parlimen Kedah, selain memiliki sistem pemerintahan beraja di mana negeri ini mempunyai Sultan selaku ketua pemerintahannya.
“Kedah berdaulat dan diurus kerajaan negeri melalui perkenan Tuanku Sultan Kedah. Amat tidak wajar mana-mana pihak mahu memisahkan Langkawi dari Kedah,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Rawi yang juga Adun Ayer Hangat menyarankan Tengku Adnan memohon ampun atas keterlanjuran menyuarakan cadangan itu kerana boleh mengguris hati pihak Istana Kedah.
“Beliau wajar mohon ampun kepada Tuanku Sultan Kedah kerana membuat cadangan itu yang disifatkan tidak beradab. Adakah beliau terlepas pandang mengenai kedudukan Langkawi di Kedah atau mungkin sudah lupa sejarah,” katanya.
Menurutnya, selaku tanah jajahan Kedah, Langkawi milik Kedah dan akan kekal menjadi milik negeri Jelapang Padi, malah isu berkenaan tidak pernah ditimbulkan sejak merdeka.
“Saya seru semua rakyat Kedah pelbagai latar belakang politik supaya bersatu membantah cadangan itu, supaya tidak menjadi kenyataan,” katanya.
Bagaimana pun, Mohd Rawi menepis dakwaan konon cadangan itu ada kaitan dengan hasrat kerajaan Pusat mahu mengaut keuntungan daripada limpahan Langkawi yang terkenal di peringkat dunia.
“Saya percaya tiada agenda tersirat, kemungkinan Tengku Adnan terlalu ghairah menjawab pertanyaan wartawan tanpa memikirkan implikasi jawapannya,” katanya.
Menurutnya, Langkawi tidak boleh disamakan dengan situasi Pulau Pinang, kerana perbezaan pemerintahan dan kesultanannya.
“Kemungkinan Tengku Adnan mempunyai alasan tersendiri masukkan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan, seperti mahu kukuhkan agama Islam dan kebajikan orang Melayu, namun bukan mudah dilaksanakan,” katanya.
Mohd Rawi berkata, sebarang perubahan membabitkan sempadan negeri masih perlu dirujuk kepada kerajaan negeri Kedah selaku pemilik asal Pulau Mutiara itu.
“Berdasarkan perjanjian 1786 antara Francis Light dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dengan Sultan Abdullah sebelum ini melibatkan pajakan Pulau Pinang bernilai 10,000 Spanish Cold Coin. Surat perjanjian itu boleh dirujuk kerana ia tetap relevan selagi ada bulan dan bintang,” katanya.
Menurutnya, isu pajakan Pulau Pinang juga akan dibangkitkan semula oleh kerajaan negeri setelah tertangguh sekian lama.
“Dua Perdana Menteri sebelum ini dari Kedah, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj  (1957 – 1970) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (1981- 2003), mungkin juga isu ini tangguh kerana tidak mahu ada konflik kepentingan,” katanya.
Mohd Rawi berkata, pihaknya telah mengutus surat kepada kerajaan pusat mohon suatu kajian berkaitan bayaran pampasan pajakan Pulau Pinang diadakan berdasarkan nilai semasa, dan bukan lagi  menerima peruntukan RM10,000 setiap tahun.
“Saya bercadang adakan forum berkaitan isu ini dalam masa terdekat supaya rakyat Kedah tahu sejarah melibatkan Pulau Pinang dan Kedah, selain membawa dua perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Exco minggu depan untuk pertimbangan Menteri Besar bagi tindakan selanjutnya,” katanya.
– Sinar Harian

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    ReplyDelete