`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 14, 2017

New Pejabat Persatuan Bola Sepak P. Pinang diserang bom botol

Petugas pejabat mendapati ada kesan terbakar dan botol pecah disyaki dibaling dengan 'molotov cocktail'.
molotov-cocktail-penang
GEORGE TOWN: Pejabat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) di Jalan Sepoy Lines dibaling bahan letupan dipercayai bom botol semalam dan awal pagi tadi.
Setiausaha Eksekutif FAP, Muhammad Asyraf Mohamed Yusof berkata, kejadian itu hanya disedari beliau selepas membuka pintu pagar dan melihat kesan terbakar di tangga depan pejabat.
Bercakap kepada Bernama, Muhammad Asyraf berkata, beliau yang curiga dengan kesan tersebut kemudian meninjau sekitar kawasan sebelum ternampak kesan serupa di satu penjuru luar bangunan.
“Saya juga melihat sisa-sisa botol pecah di situ,” katanya sambil menambah beliau kemudian membuat laporan polis selepas mengesyaki kesan terbakar itu berpunca daripada bom botol.
Bagaimanapun, hari ini, beliau terjumpa kesan baharu di tangga pejabat serta di perkarangan bangunan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.55 pagi semalam.
“Pengadu yang merupakan petugas pejabat itu mendapati ada kesan terbakar dan terdapat botol yang pecah disyaki dibaling dengan ‘molotov cocktail’,” katanya.
Beliau berkata, kawasan itu tidak mempunyai kamera litar tertutup dan tiada pengawal keselamatan.
Siasatan sedang dijalankan dengan merakam percakapan petugas FAP serta mendapatkan maklumat risikan berhubung motif kejadian.
Sabtu lepas, kekecohan berlaku di kalangan penyokong bola sepak Pulau Pinang di luar Stadium Batu Kawan selepas perlawanan antara pasukan Harimau Kumbang dengan Sarawak yang menyaksikan Pulau Pinang tewas 0-1.
Tindakan penyokong pasukan itu dipercayai berikutan rasa tidak puas hati ekoran kekalahan ke-4 berturut-turut skuad Harimau Kumbang dalam 4 aksi liga setakat ini, selain gagal melakukan sebarang jaringan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.