`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 13, 2017

‘Ponteng kerja punca pelatih hospital kerajaan paling ramai dipecat’

Ketua setiausaha kerajaan berkata, ada pelatih hospital dikenali sebagai doktor pelatih yang ponteng kerja sehingga 400 hari pada satu-satu masa.
doktor-pelatihKLANG: Pelatih hospital paling ramai dipecat di kalangan penjawat awam dan ia merupakan satu pembaziran kerana kebanyakan mereka pernah belajar di luar negara menggunakan biasiswa kerajaan, kata ketua setiausaha negara.
Tan Sri Ali Hamsa berkata, kos menaja seorang pelajar perubatan melanjutkan pelajaran di luar negara kadangkala mencecah RM1 juta atau lebih berbanding kos pendidikan di universiti tempatan yang jauh lebih rendah.
Beliau menyifatkan ia sebagai “sejumlah wang besar” dan akan mendapatkan statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyokong dakwaan itu.
Katanya, pelatih itu dipecat kerana ponteng kerja akibat tidak tahan dengan tekanan berkhidmat di hospital kerajaan.
“Ada pelatih hospital dikenali sebagai doktor pelatih yang hilang sehingga 400 hari pada satu-satu masa. Mereka bagaimanapun terlepas kerana ini.
“Ini adalah masalah besar dan kita perlu mencari puncanya serta memperbaikinya, tetapi saya rasa ia disebabkan tekanan kerja,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.
Ali berkata, ia mungkin disebabkan dasar pelatih hospital dibenarkan mengikut pasangan mereka ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran sebagai satu lagi punca kenapa ramai yang ponteng kerja.
Katanya, beliau sudah bercakap dengan pengurus berkenaan untuk mengkaji semula dasar itu.
Beliau mengingatkan ibu bapa tidak memaksa anak menjadi doktor kerana “ada ramai yang menjadi doktor disebabkan ibu bapa memaksa mereka berbuat demikian. Ini adalah salah satu sebab mereka mungkin menghadapi tekanan apabila mula bekerja.”
Ditanya negara ini mempunyai terlalu ramai penjawat awam berbanding negara lain, Ali berkata, perbandingan itu tidak tepat kerana tidak mengambil kira perkhidmatan kritikal, tentera atau bomba.
“Itu mungkin sebab kita seolah-olah lebih besar dari segi statistik kerana kita mengambil kira semua sektor.
“Pengiraan negara lain (untuk sektor awam mereka) berbeza, anda perlu membandingkan epal dengan epal untuk mendapatkan gambaran tepat.”
Awal bulan ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, terdapat seorang penjawat awam kepada setiap 19.37 orang di negara ini.
Borneo Post melaporkan nisbah penjawat awam kepada penduduk di negara lain seperti Singapura ialah 1:71.4 orang, Indonesia 1:110 orang, Korea 01:50 orang, China 1:108 orang, Jepun 1:28 orang, Rusia 1:84 orang dan United Kingdom 1:118 orang. -FMT

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...



    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.