`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 18, 2017

Pukul anak bawah usia 10 tahun bukan cara Islam

Penolong setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Melaka juga mencadangkan supaya kursus keibubapaan diadakan untuk bakal ibu bapa.
child-abuse1 (1)
PETALING JAYA: Memukul anak untuk mendisiplinkan mereka ialah perbuatan yang tidak Islamik, menurut seorang pemimpin agama.
Penolong Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) Melaka Dr Zainal Mohamed berkata Islam membenarkan memukul anak apabila mereka sudah mencecah umur 10 tahun dan keibubapaan yang gagal punca keluarga dan anak bermasalah.
“Dalam Islam jelas dinyatakan ibu bapa hanya boleh memukul anak yang berusia 10 tahun ke atas dan tidak mahu solat.
“Tetapi saya pernah nampak ibu bapa pukul anak seawal umur 5 atau 7. Itu bukan cara Islam,” katanya kepada FMT.
Beliau memetik nasihat Nabi Muhammad yang mengatakan: “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia 7 tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.”
Zainal berkata ibu bapa hanya boleh pukul untuk mendidik, bukan untuk melepaskan geram.
“Sering kita perhatikan ibu bapa pukul anak mereka untuk melepaskan geram. Itu bukan cara Islam,” katanya.
Beliau berkata didikan anak yang baik perlu bermula dengan keluarga itu sendiri, dan persekitaran yang tegang antara penyebab anak bermasalah.
“Tanggungjawab ibu bapa bukan saja untuk beri makan anak, tetapi juga mendidik mereka tentang pelbagai aspek kehidupan dan agama,” katanya.
Zainal berkata ada kelemahan dalam kursus perkahwinan mandatori untuk pasangan Islam, kerana ia tidak mendidik pasangan secara berkesan.
“Barangkali pengajar tidak menangkap motif sebenar kursus perkahwinan. Ia tidak mengajar kemahiran keibubapaan,” katanya.
Bagi menyelesaikan kelemahan itu, beliau mencadangkan pihak berkuasa menubuhkan “kursus keibubapaan” khas yang berdasarkan konsep Islam kepada pasangan.
Katanya, tambahan pula dalam Islam, ibu bapa bertanggungjawab ke atas didikan dan tingkah laku anak mereka.
“Dalam Islam, tidak kira anak itu menjadi baik atau buruk, ibu bapa bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan,” katanya.
Pada September tahun lepas, mayat seorang bayi berusia 7 bulan dan perempuan berusia 3 tahun ditemui dalam suatu bekas, manakala mayat si bapa ditemui terbaring atas katil di sebuah pangsapuri di Segambut.
Si bapa mempunyai rekod jenayah salah guna dan pemilikan dadah, dan dipercayai mendalangi pembunuhan 2 kanak-kanak itu. Ibu mereka kemudian didakwa kerana pengabaian dan pengambilan amphetamine.
Dua bulan kemudian, pada November mayat kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun ditemui dalam keadaan mereput dalam sebuah peti di pangsapuri Payu Nahu, Kedah, dan membawa kepada penangkapan teman lelaki si ibu atas dakwaan mendera.
Kakaknya yang berusia 4 tahun juga didapati didera.
Statistik Tabung Kanak-Kanak PBB (Unicef) Malaysia melaporkan sebanyak 3,428 kes keganasan terhadap kanak-kanak dilaporkan pada 2011. Ini bermakna secara purata 286 kes dilaporkan setiap bulan.
Bagaimanapun, Unicef berkata kes yang dilaporkan mungkin hanya 10% daripada keseluruhan kes yang berlaku.
Unicef berkata keganasan terhadap kanak-kanak menjejaskan “kesihatan mental dan fizikal mereka, mengurangkan keupayaan belajar dan bersosial, dan melemahkan perkembangan mereka menjadi orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik”. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.