`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 24, 2017

Saingan perniagaan punca wanita Pulau Pinang mati ditembak?

ruby-penang-bahasa© Provided by MToday News Sdn Bhd ruby-penang-bahasaPETALING JAYA: Wanita yang baru-baru ini ditembak di Pulau Pinang “banyak terlibat” dalam perniagaan pinjaman wang suaminya, menurut seorang kawan rapat yang berkata persaingan perniagaan mungkin menjadi punca kepada kejadian ala gengster sehingga mengakibatkan kematian.
Rakannya, yang mahu nama disiarkan berkata Ruby Lee Poh Ai, 49, juga sangat dekat dengan golongan ekspatriat di Pulau Pinang, fasih berbahasa Inggeris dan menghadiri majlis dengan golongan elit itu.
“Semua mengenali beliau. Kami semua tahu beliau dan suaminya menjalankan perniagaan perkhidmatan pinjaman wang.
“Saya mengesyaki ini mungkin disebabkan perniagaan (persaingan), tetapi ini adalah tekaan kami. Kami amat terkejut dengan pemergian beliau dan bersedih untuknya,” kata individu yang rapat dengan Lee kepada FMT.
Lee, pemilik sebuah syarikat logistik, ditembak mati semasa memandu kereta di Bayan Lepas pada Selasa.
Lelaki bersenjata menaiki motosikal melepaskan 10 das tembakan ke arah BMW beliau, 6 mengenai tubuhnya yang menyebabkan ia mati di tempat kejadian.
Lee hanya berada pada jarak 200 meter dari pejabatnya pada masa itu.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Pulau Pinang Chuah Ghee Lye enggan mengulas mengenai dakwaan itu dan berkata, “Faktor peminjam wang adalah satu daripada petunjuk yang kami kaji. Saya tiada ulasan lanjut. Biar kami menyiasatnya.”
Sementara itu, rakan-rakan Lee memberitahu The Star beliau seorang yang pintar, kuat semangat dan baik hati.
Seorang daripada rakan memberitahu akhbar hari ini, Lee seorang yang sangat mementingkan kesihatan dan suka memakai “pakaian glamor”, manakala yang lain menyatakan beliau seorang pemurah serta sering membuat kerja amal dan bantuan bagi tujuan agama.
The Star juga menyiarkan semula penghormatan kepada Lee, yang ditulis anak lelakinya berusia 23 tahun di laman Facebooknya.
“Orang selalu berkata hidup ini pendek. Hargai orang tersayang ketika mereka masih ada. Saya tidak pernah terfikir perkara itu akan berlaku kepada saya.
“Dalam sekelip mata, anda hilang. Saya masih cuba untuk menerima hakikat saya tidak akan dapat mendengar suara ibu lagi.
“Jika ada satu perkara yang saya kesali, saya tidak mengharga ibu semasa mempunyai peluang. Kini, segala-galanya kelihatan hambar. Ia seolah-olah sebahagian diri saya hilang.
“Ibu, saya minta maaf untuk segala-galanya. Maaf kerana tidak menjadi anak yang taat, maaf kerana tidak dapat untuk membalasnya, maaf kerana tidak dapat memberitahu saya sayangkan ibu untuk kali terakhir. Ibu akan dirindui.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.