`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
Image result for happy new year 2017

Saturday, February 11, 2017

ZAHID: AZMIN MAKSUDKAN ANIFAH

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan dakwaan ada menteri kanan meletak jawatan sebagai satu pembohongan oleh Menteri Besar Selangor.
“Saya ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang peletakan jawatan oleh mana-mana menteri kanan.
“Saya tahu Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) merujuk status laman sosial beliau (kepada) Datuk Seri Anifah Aman (iaitu) Menteri Luar, telah meletak jawatan,” katanya di Kota Kinabalu hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Anifah ada bersama beliau di Kota Kinabalu malam tadi sebelum Menteri Luar itu berangkat ke Brussels, Belgium hari ini atas kapasitinya selaku menteri.
“Ertinya Menteri Besar (Selangor) itu cuba membohongi rakyat terhadap (melalui) berita yang tidak benar,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari RELA ke-45 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, menteri-menteri persekutuan dan negeri serta Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin.
Menurut Ahmad Zahid, malam tadi beliau dan Anifah bersama-sama menghadiri program Umno Sabah dan gambar beliau bersama Anifah kemudian ditularkan oleh Musa menerusi laman sosial Twitter.
Timbalan Perdana Menteri itu juga menjangkakan lebih banyak pembohongan akan dibuat seperti yang berlaku pada dua pilihan raya umum lalu.
Semalam, Mohamed Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan telah meletak jawatan.
Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor tersebut selain meminta Mohamed Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan.
– Bernama

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    ReplyDelete