`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 25, 2017

Berjanji Bayar USD1.2 billion Tidak Menghapuskan Jenayah.



Saya membaca kenyataan rengkas yang dikeluarkan oleh 1MDB mengenai bayaran US1.2 billion kepada IPIC. MOF akan membayar 2 bayaran berjumlah USD1.2 billion. Bayaran ini ialah untuk melangsaikan bayaran faedah, wang2 didahulukan dan pinjaman yang diberikan oleh IPIC kepada 1MDB.

Bagaimana USD1.2 billion ini dahulu digunakan oleh 1MDB?Kita akan selidik nanti.

USD1.2 billion ini lain dengan nilai jaminan USD3.5 billion yang IPIC beri kepada 1MDB. Jumlah ini dikenakan keatas jaminan yang diberi IPIC kepada 1MDB keatas terbitan 2 bon dollar Amerika berjumlah USD3.5 billon.

Akhirnya, setelah berjanji membayar USD1.2 billion, 1MDB mengakui bahawa ia berhutang USD3.5 billion kepada IPIC. Dan dalam perjanjian terbaru ini, 1MDB/MOF/Malaysia berjanji memikul segala tanggungan keatas terbitan bon USD3.5 billon itu. Ertinya, ia membebaskan IPIC dari bebanan menanggung segala bayaran mengenai bon USD3.5 billon.IPIC dapat apa yang ia tuntut.

Ertinya apa? Ertinya, 1MDB dan Najib telah menipu kita dan IPIC telah bercakap betul bahawa bayaran USD3.5 billion suatu ketika, tidak pernah dibayar kepada IPIC. Ertinya pada setiap masa material, 1MDB tahu bahawa USD 3.5 billion telah dimasukkan kedalam akaun bohong dan palsu.

Mereka yang membohongi kita, semua pegawai 1MDB, Lembaga Pengarah dan MO1 telah melakukan pecah amanah dan grand theft.

Ini silap mata yang dimainkan oleh Najib. Kenapa silap mata? USD 1.2 billon tidak ada kena mengena dengan tanggungan keatas hutang ibu sebanyak USD3.5 billion. Dengan bayaran US1.2 billon dan ambil alih tanggungan keatas terbitan bon USD3.5 billion, IPIC tidak akan mengambil tindakan undang2 keatas 1MDB. Itu sahaja. Najib selamat sekejap dan selamat dari perlu menjawab nya dalam mahkamah.

Tapi yang lebih penting, yang pernah saya tulis lama dahulu:-

Kemanakah bayaran USD3.5 billion yang dikatakan dibayar kepada IPIC ? kita semua tahu ianya dibayar kepada syarikat palsu Aabar BVI.

Ertinya sebanyak USD3.5 billon telah dicuri oleh Najib dan geng2 dia. Maka, walaupun kerajaan berjanji membayar sejumlah USD1.2 billion dalam 2 bayaran, tanggungan keatas bon bernilai USD3.5 billion tidak terhapus.

Najib dan geng penyamun nya mesti menjawab kita , apa tindakan yang dikenakan ketas jenayah mencuri USD3.5 billion yang dihantar kepada Aabar BVI?

Ingat- USD 1.2 billon ini belum lagi terbayar- baharu janji. Malah jumlah yang ditangung oleh 1MDB ialah:-

a)    USD1.2 billion merupakan bayaran faedah, pinjaman, wang yang didahulukan oleh IPIC kepada 1MDB.

b)    USD3.5 billion yang dicuri dan dihantar kepada Aabar BVI.

c)     USD 3.5 billion nilai tanggungan keatas 2 bon dolar Amerika yang diterbitkan.

Dalam deal dengan IPIC ini, jumlah hutang yang membebani 1MDB ialah USD8.2 billion.

Berapa ‘blood money’ yang dibayar kepada Goldman Sachs kerana menerbikan 2 bon tersebut? Jika yuran nya luar biasa, maka beza yuran luar biasa dengan yuran biasa, kita boleh anggap sebagai wang pemerasan yang dikenakan kepada Malaysia. Ia juga suatu bentuk penyamunan keatas kerajaan Malaysia.

Apa pun yang kerajaan Najib lakukan, fakta nya ialah USD3.5 billion dicuri oleh Aabar BVI. Jenayah tetap jenayah- bayaran USD1.2 billon nanti tidak menghapuskan fakta bahawa suatu jenayah telah dilakukan.

Beban membayar keatas bon USD3.5 billion yang akan matang tahun 2022, tetap tertanggung oleh kerajaan Malaysia.

Siapa yang hendak ditipu oleh Najib dengan silap mata ini?Adakah orang Melayu yang beragama Islam, tutup mata mereka kerana jenayah ini dilakukan oleh mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita?

Posted by Ariff Sabri (with permission)

1 comment:

  1. saya ibu irma posisi sekarang di singapura
    bekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka internet ada seseorng berkomentar
    tentang MBAH SERO katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di singapura ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama MBAH SERO
    angka yang di berikan 4D tembus 100%
    terima kasih banyak MBAH
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI MBAH SERO
    DI NO: 082~370~357~999
    tak ada salahnya anda coba
    karna angka ritual MBAH tidak perna meleset
    saya jamin MBAH SERO tidak akan mengecewakan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.