`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 30, 2017

Nyawa Orang Melayu Bergantung kepada UMNO?

Image result for melayu dan umno

Saya membaca kenyataan ketua puteri UMNO. Dia menyatakan nyawa orang Melayu berada dalam tangan UMNO. Hebat , kata saya. UMNO sekarang sudah dinobat sebagai pemberi nyawa kepada orang Melayu. Sudahkah UMNO mencapai tahap dewa?

Namun kenyataan itu boleh juga dibaca sebagai rasa cemas UMNO kerana hilang keyakinan orang Melayu. Tidak pernah terjadi dalam sejarah orang Melayu, dari segi kepimpinan, UMNO berada dalam barisan yang lemah.

Cuba perhatikan pimpinan yang ada disebelah pakatan harapan. Ada Dr Mahathir dan ramai pemimpin UMNO yang dalam senyap menyokong Dr Mahathir. Penduduk Felda ratusan ribu yang menyokong. Ada Muhyidin Yassin. Tentu dia ada nilai sebagai pemimpin kalau tidak masakan pernah menjadi TPM dan Timbalan presiden UMNO. Kita ada Anwar Ibrahim. Mat Sabu. Husam Musa. Wan Azizah. Ada Lim Kit Siang. Perhatikan lagi. Hanya seorang Cina, lain nya semua Melayu.

Jadi, jika kerajaan baru ditubuhkan, ianya tetap diketuai oleh orang Melayu. Mungkin Anwar, mungkin Mahathir, Muhyidin, Azmin, Rafizi Ramli. Melayu juga.  Mengapa tidak Rafizi Ramli umpamanya? Pada umur nya sekrang, dia jauh lebih bijak dari Najib ketika Najib seumur nya.

Kelantan akan pasti jatuh ketangan Pakatan Harapan. Pulau Pinang akan terus berada dalam pengurusan pakatan. Demikian juga Selangor. Di Kedah, nama yang bermain dibibir rakyat jelata, dari pegawai kerajaan , pegawai yang pencen, rakyat biasa, ahli UMNO ialah Che Det. Bukan Bashah atau lain2. Tapi pemimpin Pakatan. Johor akan kehilangan banyak kerusi.

Di Sabah, parti Warisan Sabab sudah bersedia ambil alih.

Ini semua akan menyebabkan UMNO akan kehilangan banyak kerusi parlimen. Ia akan menjadi parti pembangkang selepas PRU14 nanti. Maka, rasa cemas menyelubungi bukan sahaja ketua puteri UMNO- tapi semua pemimpin UMNO yang korap dan rasuah.

Bayangkan jika anda seorang pemimpin UMNO barisan kedua, tentu anda rasa cemas melihat kualiti pimpinan di pihak lawan. Yang kian hari kian mendapat keyakinan rakyat.

kenyataan ketua puteri UMNO itu mesti dipertikaikan.  Cuba bertanya, jika UMNO pemberi nyawa, apakah yang perlu diberi oleh orang Melayu kepada UMNO? Kesetiaan membabi buta supaya UMNO, atas nama orang Melayu boleh melakukan segala bentuk kemungkaran dan kezaliman? Biarlah UMNO itu mengancam kebebesan dan kemerdekaan individu? Adakah ianya bererti orang Melayu tidak ada keujudan tanpa UMNO?

Kenapa orang Melayu mesti berfikiran kerdil seperti ini?

Sudah tentu kenyataan ini selari dengan minda orang yang feudal. Yakni UMNO itu sebagai tempat untuk dipuja diberi kesetiaan. Kenyataan ini becanggah dengan piagam orang yang merdeka. Orang yang berjiwa merdeka insaf bahawa  buruk atau baik bergantung kepada perbuatan dia sendiri. Ini disebut dalam Al Quran.

Kalau nyawa orang Melayu bergantung kepada UMNO- bermakna UMNO itu pemberi nyawa kepada kita. Saya percaya bukanlah niat ketua puteri untuk menyamakan UMNO itu dengan Tuhan- walaupun ada orang UMNO menyamakan Najib dengan nabi Muhammad- berjuang ikut sunnah nabi dan Najib itu macam nabi. Tapi ia membawa maksud UMNOlah memberi sumber kehidupan kepada orang Melayu, menjaga mereka, membela mereka. Masa depan orang Melayu bergantung kepada UMNO.

Walhal realiti nya ialah:-

Orang Melayu itu bertanggung jawab keatas diri mereka sendiri- bukan nya tanggung jawab itu dipawah kepada UMNO. Disebabkan orang Melayu hilang jati diri ini dan bergantung kepada UMNO lah, maka mereka mendapati diri mereka dalam keadaan yang tidak boleh berdiri atas kaki sendiri.

Kenyataan ini juga membawa maksud, apa yang orang Melayu boleh beri kepada UMNO itu lebih penting. Orang Melayu mesti berkhidmat untuk Tuan mereka , iaitu UMNO. UMNO Tuan, orang Melayu hamba.

Yang terpenting sekali ialah kesetiaaan. Tapi kesetiaan tidak boleh dberi secara membabi buta. Jika taat tidak bertempat, maka kita telah menjadikan UMNO sebagai Tuhan atau dewa dan kita ini hamba. Sebab it saya kata kenyataan ketua puteri UMNO ini bersifat feudal.

Sedangkan orang Melayu mesti sedar bahawa UMNO itu hanya suatu parti politik. Ia nya wadah untuk mencaai objektif2 politik. Itu sahaja. Sama seperti parti ain yang boleh diikuti dan disertai oleh orang Melayu untuk mencapai beberapa objektif sosial dan kemasyarakatan. Ianya bukan sesuatu diatas kepala kita yang menekan kita. UMNO itu bukan dewa yang mesti dipuja, atau bukan nya tuan dan kita ini bukan nya hamba. Yang bukan untuk di taati secara membabi buta.

UMNO itu jurubicara kehendak dan cita2 mereka yang menyokong UMNO. Demikian juga parti lain- juga jurubicara kehendak dan tujuan yang rakyat hendak. Kehendak rakyat mesti di zahirkan oleh parti seperti UMNO dan parti2 lain.

Sepatutnya, orang UMNO jangan tanya sama UMNO itu menjamin nyawa orang Melayu- mereka yang menyokong UMNO mesti bertanya, apakah yang mereka boleh lakukan melalui UMNO sebagai wadah untuk mencapai objektif kemasyarakatan dan yang paling penting bagaimana melalui UMNO menjamin kemerdekaan mereka. Bukankah mereka sekarang di pasung dan dipenjarai oleh cita2 dan objektif peribadi Najib? Yang dilundungi bukanlah kebebasan dan kemerdekaan rakyat tapi kemedekaan dan kebebasan Najib melakukan segala macam kemungakaran.

Orang UMO mest bertanya, apakah mereka boleh lakukan supaya menyekat UMNO daripada menjadi jembalang yang menganiayai dan menindas mereka. Sedangkan jumlah pemimpin hanya 192 ketua bahagian manakala ahli ada berjuta. Ahli ramai, ketua dan pemimpin sedikit. Kecuali barisan pemimpin mencerminkan kehendak rakyat, pemimpin itu mesti dinyahkan dan disingkirkan.

Ahli UMNO mesti sudah sedar sekarang bahawa ancaman keatas kemedekaan mereka dan jati diri mereka ialah pemusatan kuasa dalam tangan Najib dan geng2 nya. Tidak ada orag menyangkakan Najib dan geng2 nya jadi begini sebab kia tahu kuasa yang mereka ada boleh diperlakukan untuk kebaikaan tapi kuasa juga membentuk perwatakan yang menjadi tamak dan tidak boleh di amanahkan.

Inilah soalan2 yang orang Melayu kena tanya pada diri mereka sendiri.

Posted by Ariff Sabri (with permission)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.