`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 28, 2017

Pembuli paksa pelajar 15 tahun telan racun

Sekumpulan pelajar memaksa mangsa meminum racun selepas dia memarahi mereka menyedut gam.
poison-sekolahPETALING JAYA: Sekumpulan pembuli memaksa mangsa mereka, seorang pelajar berusia 15 tahun dari sebuah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan meminum racun.
NST melaporkan mereka memaksa mangsa meminum racun selepas rakan sekolah itu memarahi mereka menyedut gam.
Dalam keadaan marah, mereka memegang mangsa dan memaksa racun ke dalam kerongkong. Kejadian dikatakan berlaku di belakang beberapa rumah kedai.
Kes ini merupakan merupakan kes buli terbaharu dalam liputan kes buli mutakhir ini.
Kes terbongkar apabila bapa mangsa membuat laporan polis awal hari ini. Menurut laporan itu, mangsa mencari bapanya di tempat kerja Rabu lepas, mengadu sakit perut dan muntah-muntah.
Keesokannya mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai selepas mengadu sakit tekak dan perut. Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan dirawat di Unit Kecemasan Zon Merah bagi pesakit kritikal untuk diperiksa pegawai perubatan berpengalaman.
Kes disiasat di bawah Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan racun dengan niat hendak melakukan kesalahan.
Tiada tangkapan dilakukan setakat ini, menurut laporan itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.