`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 29, 2017

HAHAHAHAHA…TAK TAHU BILA KETAWA INI MAHU BERHENTI!!

Ketua Pemuda Pas baru, Mohd Khalil Hadi iaitu anak Hadi Awang berkata, Exco Selangor tidak perlu meletakkan jawatan, meskipun jika parti itu memutuskan hubungannya dengan PKR.
Kata beliau, tiga jawatan Exco Kerajaan Negeri yang disandang oleh Pas ketika ini bukanlah lantikan PKR, malah kerusi PKR juga kurang berbanding Pas.Sebagai rujukan, dalam PRU 2013 lalu, DAP menang 15 kerusi, Pas 15 kerusi, PKR 14 kerusi dan BN 12 kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi DUN di Selangor ialah 56.
Bagaimanapun, berikutan bekas Menteri Besar, Khalid Ibrahim kini menjadi Adun Bebas, kerusi PKR tinggal 13 dan manakala dua Adun Pas iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin pula menyertai Amanah, kerusi Pas juga tinggal 13.
Kedudukan semasa kerusi di Selangor ialah DAP 15, PKR 13, Pas 13, BN 12, Amanah 2 dan Bebas 1.
Mohd Khalid menambah lagi, “Exco PAS bukan lantikan oleh PKR dan DAP, jadi mereka perlu meneruskan tugas masing-masing untuk rakyat.”
“Tidak mustahil untuk Exco PAS bekerja dalam kerajaan negeri Selangor walaupun tanpa hubungan dengan PKR atau DAP iaitu satu lagi parti yang ada dalam kerajaan negeri.
“Setiap parti akan bekerja untuk kawasan masing-masing mengikut tanggungjawab yang diberikan oleh parti,” tambah beliau.
Sejujurnya, saya tidak mampu berkata apa-apa atas kenyataan Mohd Khalil ini, selain ketawa, ketawa dan akan terus ketawa.
Hahahahahahahaha….
Ibarat kata, orang dah bercerai tapi masih mahu duduk serumah dengan bekas isteri…hahahahahahaha….
Nampaknya juga terlalu tinggi tahap pemikiran Ketua Pemuda Pas yang baru ini, kalah Nik Abduh Nik Aziz dibuatnya.
Oleh itu, kepada semua pembaca budiman dalam blog ini, tolonglah beri komen, reaksi dan maklum balas terhadap apa yang disebut oleh Mohd Khalil itu.
Tolonglah saya, kali ini saya tidak mampu berkata apa-apa, selain ketawa saja.
Hahahahahahahaha…hahahahaha…hahahahahaha….tak tahu bila akan berhenti ketawa ini!!
– ShahbudinHusin

1 comment:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterimakasih banyak kepada AKI NYALI atas bantuannya saya bisa menang togel dan angka ghoib yang diberikan AKI NYALI benar2 tembus alhamdulillah kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan mobil saya perna kugadaikan saya sudah ambil kembali ,,!!! jika anda mau buktinya ‘ini bukan rekayasa silahkan bergabung dengan AKI NYALI 082=116=722=552.di jamin beliau bisa membantu mengubah hidup anda menjadi lebi baik dari yg sebelumnya. (’•.¸( ‘•. ¸* ¸. •’´)¸.•’´) «´ Thanks sOb rOoMnya>>>>>>>>>>>>>>

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.