`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 25, 2017

Kes pelajar dipotong kaki: Pengetua sekolah tahfiz ‘kunci mulut’

Pengetua pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi itu, Mohammad Afdhaluddin Ismail berkata, sidang media akan diadakan dalam masa terdekat bagi menjelaskan dakwaan seorang pelajarnya dirotan pembantu warden asrama.
TahfizJOHOR BAHRU: Pihak pengurusan pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi yang dikaitkan dengan kes merotan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi sehingga menyebabkan kedua-dua kaki pelajar itu terpaksa dipotong, terus “mengunci mulut”.
“Saya tak ada sebarang komen, tunggu sidang media yang akan dibuat dalam masa terdekat,” kata pengetuanya, Mohammad Afdhaluddin Ismail kepada FMT di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini.
Terdahulu, beliau bersama 10 pelajarnya melawat Thaqif kira-kira 40 minit. Ini merupakan kali ke-2 beliau melawat Thaqif di HSI.
Pusat tahfiz yang sudah 7 tahun beroperasi itu mempunyai 110 pelajar berusia 11 hingga 17 tahun dan 15 kakitangan, termasuk 6 guru.
Kisah Thaqif, 11, dimasukkan ke HSI di Johor Bahru, minggu lalu menjadi tular di media sosial. Beliau didaftar masuk ke pusat tahfiz itu pada 27 Januari lalu.
Thaqif dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak 2 minggu lepas dipercayai akibat dipukul pembantu warden.
Kedua-dua kakinya yang dijangkiti kuman serta darah beku kemudiannya terpaksa dipotong dan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya, semalam.
Ibu saudara mangsa, Dzuraida Ahmad dilaporkan berkata, tangan kanan Thaqif mungkin dipotong kerana ia sudah bertukar hitam sehingga paras siku.
Seorang pembantu warden tersebut direman 4 hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Hari ini, sebuah pertubuhan bertanggungjawab hal ehwal sekolah tahfiz di Malaysia mempertahankan tindakan pembantu warden di sekolah tahfiz itu yang didakwa memukul Thaqif.
Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd Zahid Mahmood mendakwa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terbabit menunjukkan Thaqif hanya dipukul di tapak kakinya sahaja.-FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.