`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 16, 2017

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan

Ketua polis Miri berkata, suspek yang melakukan serangan itu dipercayai seorang lelaki warganegara Indonesia dan motif serangan masih disiasat.
stab-polisMIRI: Seorang lelaki maut dibunuh dalam satu pergaduhan yang berlaku di depan sebuah kedai snooker di Kampung Kayu Kapur, Bekenu, malam tadi.
Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Yusuf Sidani, 45, berasal dari Sabah serta bekerja sebagai pembantu pengurus projek mati di tempat kejadian.
“Mangsa mengalami kecederaan ditikam di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khoo berkata, 2 lagi mangsa yang dipercayai warganegara Indonesia turut cedera semasa kejadian dan sedang menerima rawatan di Hospital Miri.
“Suspek yang melakukan serangan dipercayai seorang lelaki warganegara Indonesia dan motif serangan masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kes bunuh. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.