`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 17, 2017

Mahathir Dedah Najib Sekat Dana BERSATU

Mahathir Dedah Najib Sekat Dana BERSATU. Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak menggunakan agensi kerajaan untuk menghalang orang ramai menderma kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau yang dipetik Sin Chew Daily berkata, Bersatu  gagal mendapat sebarang sumbangan kerana penderma bimbang akan disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mahathir Dedah Najib Sekat Dana BERSATU. “Masalah yang kami hadapi ialah Najib mahu mencapai kemenangan, jadi untuk mengalahkan pembangkang, khasnya PPBM, kami tak terima sebarang sumbangan.

“Sesiapa pun yang hendak menderma kepada Bersatu  akan disiasat LHDN. Walaupun sudah bayar balik, mereka akan disiasat juga,” katanya ketika menghadiri Jelajah Semarak Kasih Felda Bersama Tun Dr Mahathir di Parlimen Sekijang, Segamat, Johor, pada Sabtu malam.

Turut hadir ialah Pengerusi Amanah Johor merangkap Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan,Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka yang juga Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Pengerusi Anak Mazlan Aliman.

Mahathir Dedah Najib Sekat Dana BERSATU


Dr Mahathir mendakwa ia adalah taktik perdana menteri untuk menggunakan agensi kerajaan bagi menghalang parti pembangkang beroperasi seperti biasa.

Walaupun Bersatu tiada wang, beliau bagaimanapun percaya rakyat mampu menggulingkan Najib.

“Kita semua tahu nilai undi, tetapi jangan jual undi.”

Bekas perdana menteri itu berkata, jika Pakatan Harapan dipilih sebagai kerajaan persekutuan, negara termasuk ekonomi akan dipulihkan secepat mungkin, termasuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara beransur-ansur.


Mahathir Dedah Najib Sekat Dana BERSATU


Dalam pada itu, Dr Mahathir menyeru ahli Umno keluar parti kerana ia bukan lagi parti diasaskan Tunku Abdul Rahman, sebaliknya ia adalah parti Najib.


“Saya berada dalam Umno lebih lama daripada anda, saya sudah keluar parti, kamu semua pun keluarlah.” - md

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.