`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for istiadat pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15

Monday, April 17, 2017

RM600 juta wang rakayat dibelanja, apa kesudahan banjir di KL?



Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membangkitkan kenapa masalah banjir masih gagal ditangani di ibu kota walaupun telah banyak wang dibelanjakan untuk tujuan itu.

Ketuanya Mohd Farkhan Md Zain berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, sejak tahun 2015, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) menerima peruntukan RM600 juta untuk projek-projek pembaikan dan menaik taraf. 

“Walaupun begitu, situasi semasa menunjukkan keadaan tidak bertambah baik. 

“Hal ini menimbulkan keraguan mengenai peruntukan dan projek yang telah dilakukan sebelum ini,” kata Farkhan. Kenyataan ini dikeluarkan setelah banjir lebat akhir-akhir ini menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Pada 14 Mac lalu, katanya, sembilan buah jalan utama di Kuala Lumpur telah dinaiki air. Bukan itu sahaja, selepas hujan pula, ibu kota juga dikatakan menghadapi masalah takungan air. 

Dalam kenyataan hari ini, Farkhan juga membangkitkan risiko di kawasan-kawasan cerun jika berlaku hujan lebat. 

Katanya, berdasarkan kepada Kuala Lumpur Slope Information System (KuLSIS), terdapat lebih 1,700 kawasan cerun berisiko runtuh di ibu negara, dengan 600 daripadanya berisiko tinggi. 

“Sekiranya tiada tindakan agresif dan proaktif dilakukan oleh pihak DBKL, kawasan-kawasan di Segambut, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak akan berhadapan risiko tanah runtuh yang kritikal,” katanya. 

Sementara itu, exco infrastruktur Selangor Zaidy Abdul Talib semalam berkata hujan lebat di negeri itu menyebabkan kira-kira 400 rumah daripada lapan kampung dan 30 rumah kedai terjejas. 

Jalan di kawasan itu juga ditutup untuk kerja-kerja baik pulih. -rakyat marhaen

No comments:

Post a Comment