`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 17, 2017

Ahmad Maslan muncul jual nasi goreng di Bazar Ramadan Pontian

ENTAH apa motif pun tak tahu, gambar Datuk Ahmad Maslan beraksi seolah-olah beliau sedang menjual nasi goreng di salah sebuah warung penjaja Bazar Ramadan disebarkan oleh penyokongnya di media sosial facebook.


Barangkali ini merupakan strategi kempen menjelang pilihanraya Umum ke 14, untuk menunjukkan kepada pengundi-pengundi di kawasan Pontian, bahawa beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat.


Aku tak tahu apa tanggapan penduduk Pontian terhadap gelagat terbaru Ahli Parlimen ini. Namun warga media sosial rata-rata nampaknya tidak boleh lupa dengan kenyataan bodoh tentang cukai GST yang dikeluarkan oleh Ahmad Maslan sebelum ini.

Mereka rata-rata mengungkit kenyataan bodoh tersebut, selain ramai yang menggelarkan Ahmad Maslan sebagai "pelawak"

Dalam sebuah video wawancara RTM yang tersebar sebelum ini, Ahmad Maslan dengan penuh yakin mengatakan bahawa cukai GST akan menurunkan harga barang.

Namun apa yang berlaku, cukai GST menjadi punca utama kepada kenaikan harga barang sekaligus membebankan rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah akibat peningkatan kos sara hidup harian.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.