`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 29, 2017

Khas Untuk Nik Abduh dan AirAsia

Khas Untuk Nik Abduh dan AirAsia

Saya anggap Nik Abduh sebagai orang Islam yang sombong dan menganggap dirinya alim, dan orang lain jahil; satu penyakit lama dikalangan ahli PAS. Dia dengan sombong bertanya samada saya pernah berdoa. Isu ini timbul kerana dia tidak faham kandungan tweet saya tempoh hari mengenai tindakan juruterbang AirAsia. Sebenarnya ini tidaklah mengejutkan, kerana Nik Abduh juga tidak memahami 1MDB, satu perkara yang mudah diafahami.
Ramai juga orang Islam yang menghentam saya kerana kenyataan saya mengenai juruterbang Air Asia yang meminta para penumpang membaca doa ketika mengalami kecemasan di Perth, baru-baru ini. Mereka yang menegur ini juga tidak faham apa yang saya katakan.
Nik Abduh dan penyokongnya kata saya larang membaca doa, atau tidak mahu berdoa. Itu silap sama sekali. Saya selalu berdoa dan bukan hanya semasa kecemasan. Bila enjin pesawat bergegar nak tercabut atau mengalami masalah, saya percaya semua penumpang telah pun berdoa melalui cara masing-masing ketika itu. Tak payahlah juruterbang menambahkan lagi kerisauan mereka. Penumpang yang rasa mereka akan mati mesti dengan sendirinya akan berdoa, dan Nik Abduh sendiri mengakui bahawa ini “lumrah maanusia”. Jadi apa pula perlunya juruterbang menambahkan lagi kebimbangan mereka. Untuk Pengurusi AirAsia, saya katakan disini isunya bukan apakah baik meminta “divine intervention” tetapi apakah wajar juruterbang meminta penumpang berbuat demikian.
Saya ada mengatakan bahawa juruterbang tak payahlah meminta penumpang membaca doa kerana tindakan itu boleh dianggap menunjukkan keadaan sudah tidak boleh diselamatkan. In juga boleh diertikan bahawa beliau tidak ada keyakinan untuk mengatasi masalah pada ketika itu. Bila juruterbang berbuat demikian meminta orang membaca doa, apakah perasaan orang di belakang dalam pesawat tersebut? Penumpang di belakang tidak tahu banyak hal dalam keadaaan itu, dan mereka hanya mengharapkan juruterbang memberi mereka keyakinan dan panduan. Apa perlunya menambah lagi beban kepada mereka.
Bukankah kerja dan tugas juruterbang ialah memberi harapan dan keyakinan kepada penumpang dan melakukan apa saja untuk menyelamatkan pesawat? Maut tidak sekali-kali harus melintas fikirannya. Itulah yang kita harapkan dari juruterbang AirAsia.
Katakan anda dibedah oleh seorang pakar jantung, tiba-tiba semasa pembedahan, dia terus meminta semua keluarga termasuk anda sendiri untuk membaca doa. Bukankah itu menunjukkan anda dalam keadaaan tenat dan mungkin mati? Apakah ini yang kita mahu dari juruterbang dan pakar bedah kita?
Nik Abduh membuat banyak tuduhan lain yang menghina saya dalam facebook beliau, dan saya tidak mudah lupa. Saya akan membuat tindakan susulan yang lain dimasa depan. Buat masa ini, saya sekali lagi menjelaskan, isunya bukan kita tidak boleh berdoa atau tidak wajar berdoa; tetapi mereka yang menjagga keselamatan penumpang ketika pesawat di udara usahlah memberi petanda yang membimbangkan semasa pesawat dalam keadaaan tenat. -zaid.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.