`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 29, 2017

ALAHAI PAS

Susulan saman sivil terbaru oleh DOJ yang secara asasnya meletakkan kehilangan wang 1MDB adalah mencecah RM20,000 juta, Pakatan Harapan memutuskan untuk mengadakan program jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan serta kefahaman yang lebih jelas kepada rakyat mengenai isu tersebut.
Serentak itu, Pakatan Harapan juga mengajak parti-parti pembangkang lain untuk mengenepikan segala perbezan dan bersatu dalam program jelajah ini dengan harapan akhirnya mereka yang terlibat dengan skandal penyelewengan dana 1MDB dapat dibawa ke muka pengadilan.
Sehingga ini, selain  PKR, DAP, Amanah dan Bersatu iaitu parti-parti dalam Pakatan Harapan telah sepakat setuju untuk mengadakan program jelajah itu, ia turut dipersetujui oleh dua parti politik lain iaitu PSM dan juga Parti Warisan Sabah.
Program pertama akan diadakan pada 6 Julai ini di Kepala Batas, Pulau Pinang dan selepas itu akan bergerak pula ke seluruh negara mengikut jadual yang akan ditetapkan kemudian.
Bagaimanapun, hanya beberapa jam kemudian, Pas telah tampil menyatakan pendirian menolak untuk bersama-sama dalam program jelajah tersebut.
Seperti tidak banyak berbeza dengan alasan Hadi Awang, hujah penolakan Pas yang diutarakan melalui Khairuddin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas ialah Pas bukan parti yang mudah terpengaruh dengan pihak asing.
Kata beliau, Pas sama-sekali tidak akan terikut-ikut dengan pihak luar seperti DOJ, malah menolak campurtangan pihak asing dalam menyelesaikan isu 1MDB.
“Apa-apa perkara berkaitan negara, biar kita selesaikan sendiri, bukan orang luar. Soal telus atau tidak, itu perkara kedua tetapi isu negara kita, biar kita selesaikannya,” ujar beliau.
Alahai….
Maknanya, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada Pas untuk bersama-sama menentang kemungkaran, penyelewengan dan pencurian dalam negara ini.
Walaupun hujah dan alasan mereka begitu meloyakan, sambil kopiah putih terlekat di atas kepala, pemimpin-pemimpin Pas nampaknya tidak malu-malu lagi mendedahkan wajah dan nilai perjuangan mereka yag semakin jauh menyimpang daripada jalan kebenaran.
Malah, daripada  berjuang menyelamatkan negara, Pas terlihat lebih seronok dibawa mencari teh tarik di Kota London oleh pemimpin UMNO untuk memberi penerangan tentang Akta 355 yang realitinya hanyalah acara suka-suka dan sia-sia.
Menolak Pas, menolak UMNO sudah tiada bezanya dan menyokong Pas adalah sama seperti menyokong UMNO juga.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.