`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 21, 2017

BATAL GST HANYA KERANA TAKUT KALAH DALAM PRU

SHAH ALAM – Langkah pembatalan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 barang makanan dibuat hanya kerana bimbang akan kekalahan BN pada PRU14.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembatalan tersebut hanya bersifat sementara dan hanya akan dilaksanakan sekiranya BN menang pada PRU akan datang.
“Langkah itu hanya dibuat selepas perkiraan politik kerana takut kalah dalam PRU14 dan hilang kuasa pemerintahan.
[Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan]
“Bagi saya pembatalan tersebut hanya bersifat sementara bagi menunggu selesai PRU14. Sudah pasti lebih dari 60 jenis makanan tersebut akan disenaraikan semula dan digazetkan dalam senarai barangan yang dikena GST berkadar standard 6 peratus,” katanya dalam kenyataan, semlama
Pelaksanaan GST ke atas  60 lagi item makanan akan dibatalkan, berkuat kuasa 1 Julai, 2017.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan semalam.
Ketua Pengarah Kastam T Subromaniam berkata, pihaknya telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan.
Menurut Mahfuz lagi, langkah pelaksaan GST ke atas 60 jenis makanan itu dibuat tanpa pertimbangan memikirkan kos sara hidup yang tinggi.
“Pertimbangan kerajaan hanyalah sema-mata untuk menampung keborosan, pembaziran, penyelewengan dari salahguna kuasa pemimpin dengan GST tanpa melihat kesan peningkatan inflasi.
“Hanya selepas bantahan dari pelbagai pihak khususnya dari kalangan ahli dan parti politik dan dibimbangi kemarahan rakyat memuncak menolak kerajaan BN pada PRU14 nanti barulah dibatalkan gazet tersebut,” katanya lagi.
– SH

1 comment:

  1. Ada 7 tahun saya jadi tki di singapura akhirnya impian saya tercapai untuk pulang ke indonesia,terima kasih MBAH SERO atas bantuannya,saya bisa berkumpul kembali dengan keluarga di kampung,karna melalui jalan togel sekarang saya bisa sukses,ini semua berkat bantuan MBAH SERO yang memberikan angka 4d bocoran singapura,alhamdulillah dapat 250 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai buat biaya saya untuk berangkat kesingapura,kini sudah saya tebus kembali,tanpa bantuan beliau mungkin belum bisa saya pulang kampung,terima kasih banyak MBAH SERO jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,bagi saudarah2 di indonesia maupun di luar negeri butuh bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 082 370 357 999 atas nama MBAH SERO,beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberkan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya ibu irma tki singapura..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.