`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Sunday, June 25, 2017

‘DESPACITO RAYA’ SHABERY CHEEK

KUALA LUMPUR – Klip video Despacito Raya yang menampilkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bermain dram tular di media sosial dengan kira-kira 2,400 tontonan di YouTube.
Lagu terbaharu nyanyian Justin Bieber, Luis Fonsi dan Daddy Yankee berjudul Despacito yang digubah semula liriknya kepada versi hari raya itu turut mendapat hampir 1,200 like di Facebook manakala 1,722 retweets dan 1,005 likes di Twitter.
Video berdurasi1 minit 47 saat itu selain memaparkan Ahmad Shabery bermain dram turut disertakan beberapa klip video program yang disertai menteri berkenaan.
Video yang digubah semula oleh Damian Mikhail feat Amira Aman dan Farique FrequensiNSSN dimuat naik pada 23 Jun sempena sambutan Hari Raya.
Ia merupakan terbitan Damian dan Umair Al Z dengan liriknya oleh Farique.
Despacito Raya boleh ditonton di Facebook dan Twitter rasmi Ahmad Shabery.
– ANN

No comments:

Post a Comment