`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 26, 2017

Di tengah ‘sarang pelacur’ KL, sebuah surau bawa perubahan

Surau comel di Lengkok Raja Laut, Chow Kit menjadi pelita untuk pelacur dan pekerja seks lain 'berhijrah'.
VIDEO INSIDE
Surau-Al-HijrahKUALA LUMPUR: Di siang hari, Chow Kit menjadi tumpuan warga kota mencari barang segar dan hasil tani.
Apabila mentari berlabuh, pasar basah terbesar di kota raya Kuala Lumpur ini berubah wajah – sarang si gersang mencari mereka yang berdagang tubuh.
Mungkin itu kebenarannya 10-20 tahun lalu. Hari ini, peniaga dan pengunjung berkata sejak terbinanya Surau Al-Hijrah di Lengkok Raja Laut 2 tahun lalu, semakin hari semakin berkurang jumlah pekerja seks di situ.
“Tapak surau ini dulu tempat maksiat,” kata bilal surau, Awang Daud Wan Embun kepada FMT.
Lebih selesa dipanggil Pak Wan, Awang berkata dulu di celah-celah bangunan sekitar surau ini dipenuhi bapa ayam dan pekerja seks.
“Tapi adanya surau ini mereka nak buat maksiat pun rasa malu.”
Dahulunya lorong-lorong kecil di belakang rumah rehat dan di celah kedai di Chow Kit “sibuk” selepas tengah malam. Ramai pelacur, campuran pelbagai warna kulit dan kerakyatan serta transgender, beroperasi di sini, terutamanya di Lorong Haji Taib.
Surau-Hijrah2
Bilal surau, Awang Daud Wan Embun berkata jadual surau sarat dengan pelbagai aktiviti seperti kuliah dan kelas mengaji.
Tujuan surau
Menurut pesara polis ini, tujuan Surau Al-Hijrah ialah untuk mengekang aktiviti pelacuran di Chow Kit.
Ia dibina, diselia dan dipantau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
“Kita hidupkan surau ini dengan pelbagai aktiviti seperti kuliah subuh dan maghrib, kelas mengaji Al-Quran bagi semua lapisan masyarakat, dan majlis membaca Yasin setiap malam Jumaat.”
Tambahnya, bangunan yang menjadi instrumen pihak berkuasa agama ini tidak pernah diganggu mana-mana kumpulan. Cuma pada awalnya ada beberapa kejadian curi.
“Malah kita ada kumpulan tabligh bergerak keluar ke serata ibu kota untuk berpesan dan mengasuh kumpulan pelacur sekiranya terserempak,” kata Pak Wan, sambil memberitahu jumlah jemaah suraunya meningkat setiap hari.
Ada banyak cerita kemanusiaan di sebalik industri tertua di dunia ini. Media dan filem memaparkan kebanyakan pekerja seks mangsa desakan hidup atau keadaan, untuk menanggung persekolahan sambil membantu ibu bapa di desa, atau dijual orang yang dipercayai. Segala macam jenis pelanggan mencari mereka.
“Pendekatan yang kami guna dalam memberi tarbiah dengan cara berlembut. Tidak dengan kekerasan,” kata Pak Wan sambil menambah ia memudahkan “mereka menerima apa yang kami sampaikan”.
“Sejak surau ini dibina pelbagai kemanisan kita kecapi. Yang paling menyentuh hati apabila kami berjaya menyedarkan segelintir pelacur dan membawa mereka ke jalan yang benar.”
Surau-Al-Hijrah3
Tapak Surau Al-Hijrah di Chow Kit dahulunya tempat maksiat.
Surau untuk semua
Kata Pak Wan, Surau Al-Hijrah bukan sahaja untuk pelacur yang mencari jalan pulang. Rumah ibadah ini juga tempat persinggahan sementara golongan gelandangan.
“Kami memberi makanan dan pakaian kepada golongan gelandangan selain membenarkan mereka untuk berehat seketika di sini,” katanya.
“Pada masa sama, kami juga turut menyampaikan dakwah kepada golongan malang itu.”
Selepas hampir 3 tahun berkhidmat di Surau Al-Hijrah, Pak Wan secara peribadi ingin melihat sebuah pusat tahfiz terbina di Chow Kit.
Beliau berharap ia akan melebarkan lagi usaha mengasuh masyarakat.
“Surau ini berada di kawasan yang strategik,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.