`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 26, 2017

LAWAK ZAHID HAMIDI

Pandai Zahid Hamidi, hari raya pertama lagi dah buat lawak jenaka – katanya kehadiran  orang ramai di Seri Perdana adalah tanda sokongan kepada Najib Razak.
Dilaporkan jumlah yang hadir untuk berhari raya di Seri Perdana tahun ini ialah seramai kira-kira 75 ribu orang.
Adakah 75 ribu itu tanda sokongan yang memadai buat Najib?
Adakah semua yang hadir itu juga benar-benar menyokong atau sekadar mahu makan?
Mungkinkah juga sebahagian yang datang ini hanya ingin melihat-lihat perhiasan mewah yang dipakai Rosmah Mansor sebagaimana yang digembar-gamburkan media jika dapat bersalam atau memandangnya daripada jarak lebih dekat?
Selain itu, kalau ikut logik Zahid bahawa 75 ribu itu tanda sokongan kepada Najib, bagaimana dengan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak hadir ke Seri Perdana?
Adakah dalam baik dan memuji, Zahid dalam masa yang sama juga untuk cuba “mengenakan”  Najib?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.