`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 14, 2017

MISSION ACCOMPLISHED FOR ‘TEAM B’ NAZRI? IN THE END TOUGH-GUY MINISTER SUCCESSFULLY HIGHLIGHTS NAJIB’S DESPERATION FOR TAXES TO REPLENISH GOVT’S NEAR-EMPTY COFFERS

Sarawak withdraw rep in Malaysia Tourism Board with immediate effect.
state deemed rep in Tourism Malaysia unnecessary 
move comes after Nazri chided Sarawak Tourism Minister Karim Rahman 
over implementation of tourism tax
Karim urged Putrajaya to defer tourism tax for Sabah and Sarawak
Fed Govt must respect Malaysia Agreement 1963 
tourism federalised recently
S’wak minister said state would discuss tourism tax in detail.
Nazri labelled Abdul Karim inexperienced
not to behave “like a gangster”
 Here is a reply to Nazri from Sarawak :

Tjg.ManisKenyataan sombong dan nada angkuh Nazri tidak mengejutkan saya.
Saya masih ingat kenyataan beliau pada bulan September tahun lepas bila beliau mengatakan bahawa Sabah & Swk tidak akan mendapat bantuan dari Kementerian beliau jika kedua negeri ini memilih untuk tidak menguatkuasakan Tourism Services Act (TSA).
Cadangan TSA ini juga mendapat bantahan dari Sabah dan MATTA.
Nazri yang mengaku diri orang lama dalam politik tidak perlu menunjuk sikap melenting beliau dengan memperkecilkan kedudukan Karim sebagai Menteri sebuah negeri.
Nazri tentu lebih arif dan sepatutnya lebih sensitive tentang sentimen politik yang sedang hangat di mainkan di Sarawak terutama tentang hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia, isu  Peruntukan Pembangunan dari Federal dan Janji2 Pilihanraya yg tidak di tunai oleh Menteri2 Persekutuan.
Sebagai org yg mengaku diri “Menteri lama dan berpengalaman” dan pernah memegang Portfolio Hal-Ehwal Undang2, tentu Nazri arif ttg Sejarah Perjanjian Malaysia serta kedudukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Kita bukan mempertikaikan tentang Hak Kerajaan Federal utk mengubal Undang2 yg berkaitan dgn Kutipan Cukai. Peruntukan tersebut memang ada dlm Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi kami ingin menyuarakan kekecewaan kami tentang Layanan serta sikap Kerajaan Pusat yang tidak membawa perkara ini melalui rundingan yang serious dengan Kerajaan Negeri.
Putrajaya harus di ingatkan tentang 13 Perkara ‘Administrative Empowerment’ yang di serahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang telah dipersetujui antara Allahyarham Tok Nan dengan YAB PM semasa perjumpaan di Putrajaya pada 21.Jan.2016.
Antara lain, telah dipersetujui bahawa ‘Kerajaan Negeri haruslah di maklum dan dibawa berbincang tentang apa2 cadangan untuk mengubal sebarang Undang2 yang akan memberi kesan kepada kedudukan Negeri terutama yang membawa impak dari kewangan.
Nazri perlu diingatkan bahawa perkara ‘Pelancongan’ hanya di masukkan dalam Senarai Federal dalam tahun 1994 melalui Akta A885 Parlimen.
Dan kerajaan Negeri tidak pernah dimaklumkan awal, dibawa berunding atau tiada kelulusan dari Kerajaan Negeri sebelum Penyenaraian perkara ‘Pelancungan’ dalam Federal List di lakukan.
Seperkara lagi ialah, Nazri adalah Menteri yang membentangkan Territorial Sea Act, 2012 (TSA) di Parlimen pada 18.April.2012 dan diluluskan pada hari yang sama.
Tiada seorang pun Ahli Parlimen dari Sarawak termasuk dari Pembangkang hadir semasa TSA diluluskan.
TSA adalah antara undang2 controversy yang sering dibincangkan termasuk Petroleum Development Act (PDA) bila isu Royalty Minyak & Gas dibangkitkan.
TSA dianggap sebagai Undang2 yg merampas Hak Negeri ke atas Continental Shelf.
Jika dikaji secara mendalam, mungkin TSA ini tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.
Saya tidak peduli kedudukan Nazri yang mengaku “Samseng Besar” di Putrajaya, orang yang banyak kelemahan memang cepat mengaku dirinya besar dan bongkak.
Yang penting ialah tanda hormat dan saling memahami tentang kedudukan negeri Sarawak dalam Malaysia.
Jika persepsi majoriti Rakyat Sarawak bahawa Putrajaya tidak ikjlas, mungkin BN kena kerja keras dalam PRU akan datang ini.
Jika pemimpin seperti Nazri terus menunjuk keangkuhan Politik sebegitu kepada sebuah negeri yang sentiasa konsisten dan banyak menyumbang kemenangan BN dalam PRU,  jangan terkejut jika rakyat yang semakin meluat akan bertindak balas.
Polisi serta kejayaan agenda Politik BN samada diperingkat National atau negeri semakin diyakini tapi rakyat mahu pemimpin2 politik yang sentiasa menunjuk kesungguhan, kerajinan dan keberanian.
Bukan pemimpin banyak retorik yang semakin sombong, angkuh serta “Beraja di Hati”.
Abdullah Hj.Saidol
ADUN “Anak Jagung Sayur”
My comments :  Terima kasih Sdr Abdullah Hj Saidol. Tepat dan tulus.
The Tourism Tax is to raise tax revenue for the gomen. There is only one tax revenue account for the gomen. There are no separate ‘tourism taxes only’, ‘petroleum taxes only’ or ‘personal income taxes only’ accounts.
 Tax revenue is tax revenue. Period.

 

The gomen can use the tax revenue any which way they want.  To pay RM14 Billion dredging contracts, to scratch the Hippo’s butt, or whatever. 
 Nazri is just being stupid again.  Even Anifah Aman thinks so, except Anifah did not say so.
 Nazri berdiplomasi ? Yalah. Macam lah b_ntot l_mbu boleh berlagu.
– http://syedsoutsidethebox.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.