`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 16, 2017

Nak saman, samanlah, Ku Nan beritahu Sivarasa

Tengku Adnan berkata beliau tidak gentar dan akan lawan ahli Parlimen PKR itu di mahkamah.
tengku-adnan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau sedia berdepan dengan saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa terhadapnya.
Setiausaha Agung Umno itu berkata beliau tidak gentar untuk “naik turun” mahkamah dalam kes itu.
“Saya tunggu sahaja dia nak saman, saman sajalah, nak buat macam mana… Kita akan lawanlah,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Nur Ramadan Wilayah Persekutan peringkat Parlimen Lembah Pantai, di sini hari ini.
Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan program Nur Ramadan Parlimen Lembah Pantai dan menyampaikan sumbangan kepada 1,000 orang asnaf.
Sivarasa daripada PKR hari ini memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Tengku Adnan berhubung ucapan mengenai lawatan Sivarasa ke masjid yang dikatakan sebagai berniat jahat memfitnahnya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.