TIMBALAN menteri di Jabatan Perdana Menteri dilapor mempertahankan tindakan 'samseng capang' yang menghalau beberapa orang petugas daripada memberi sedekah kurma di pasar Ramadan Kluang Johor pada 10 Jun lalu.
Datuk Razali Ibrahim yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar, dilapor mendakwa kejadian yang berlaku berpunca daripada kemarahan yang tersimpan sejak 10 tahun lalu.
Razali mendakwa pada tahun 2007 DAP pernah meminta peniaga di Kluang menutup perniagaan mereka dan berpindah ke tempat lain.
"Peristiwa itu masih di fikiran mereka. Sebab itu kejadian tempoh hari berlaku di Kluang dan bukan di tempat lain. Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kalau kita provokasi seseorang mesti akan ada tindak balas," katanya seperti yang dipetik oleh FMT.
Beliau dilapor mendakwa para peniaga masih terkesan dengan keputusan menutup perniagaan mereka. Menurut Razali, pasar Ramadan itu memang dikendalikan oleh Umno Kluang.
"Dulu mereka minta peniaga tutup perniagaan dan hari ini mereka lawat kawasan. Itu menyebabkan orang rasa marah."
"Kamu perlu hormat. Kalau orang tak benarkan tapi kamu ambil keputusan untuk datang juga."
Katanya ada sesetengah peniaga yang menjual kurma.
"Ia mungkin menjejaskan perniagaan mereka. Kalau kita saling hormat-menghormati tidak akan berlaku masalah." Katanya.
Semalam Berita Harian melaporkan kenyataan Ketua Bahagian Umno Kluang, Datuk Md Jais Sarday yang menyifatkan insiden kekecohan berlaku di bazar ramadhan Bandar Kluang sebagai taktik DAP untuk memprovokasi serta membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu.
Katanya, insiden kekecohan turut berlaku di bazar sama tahun lalu ketika DAP mahu memberi sumbangan kurma seolah-olah sengaja mahu menguji kesabaran masyarakat serta peniaga Melayu dan tidak belajar daripada pengalaman lalu.
Dakwanya, isu sebenar bermula pada 2007 apabila DAP meminta bazar ramadhan Bandar Kluang dipindahkan dari kawasan sedia ada ke kawasan lain, sehingga menimbulkan bantahan dan kemarahan peniaga Melayu.
Katanya, adalah tidak adil melabel orang lain sebagai samseng hanya dengan menularkan video tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi.
"Selepas menjadi dalang utama mahu menghalau peniaga Melayu berniaga di bazar yang terletak di pusat bandar Kluang itu, sekarang mereka datang pula ke lokasi sama. Apa motif DAP sebenarnya?" Soalnya.
"Sudah pasti kedatangan DAP dan pembangkang ke situ membangkitkan kemarahan masyarakat serta peniaga Melayu yang masih terluka dan terkesan dengan usaha mahu menghalang mereka daripada berniaga di situ."
"Ini semua adalah perangkap dan mainan politik DAP yang memang mahu pecah belahkan orang Melayu," katanya.
-milosuam
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
ReplyDeleteSaya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...