`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 14, 2017

Penghuni, kakitangan penjara Kajang dapat tudung Aidijuma

Program Sehelai Tudung Segunung Harapan itu adalah untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri dan ingatan masyarakat luar tidak meminggirkan mereka.
aidijumafmt-ohsem-inside-article1KAJANG: Tiada mana-mana individu yang sepatutnya disisihkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, ini termasuk penghuni dan kakitangan penjara.

Mengambil kira perkara itu, pengeluar tudung popular, Aidijuma tampil menyumbang lebih 350 tudung kepada penghuni dan kakitangan beragama Islam di Penjara Wanita Kajang sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikatnya .
Pengasas Aidijuma Datin Norjuma Habib Mohamed berkata, Program Sehelai Tudung Segunung Harapan itu adalah untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri dan ingatan masyarakat luar tidak meminggirkan mereka
“Ini merupakan kali pertama kami memberikan sumbangan kepada penghuni dan kakitangan Penjara Wanita Kajang.
“Selain lahir keterujaan, kami juga belajar merasai apa yang dihadapi penghuni di sini,” katanya.
Program yang melibatkan sekitar 30 orang penghuni penjara wanita juga menyelitkan pelbagai aktiviti seperti sesi tata rias, tutorial pemakaian tudung, kuiz, penyampaian sumbangan serta lawatan ke bengkel pemulihan.
Dalam pada itu Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang Norneelah Syukor percaya program seperti ini memberi semangat kepada penghuni Penjara Kajang terutamanya yang tidak pernah dilawati oleh keluarga mereka.
“Ia dapat mengubah tanggapan negatif penghuni penjara dengan harapan masih ada lagi masyarakat yang mengambil berat terhadap diri mereka,” katanya.
Tambahnya lagi, program berkenaan juga membantu penghuni penjara wanita merangka kehidupan mereka apabila dibebaskan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.