`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 17, 2017

TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA

Cadangan pembangkang untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan saman sivil terbaru dikemukakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah tidak perlu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana isu berkenaan adalah kesinambungan saman sivil yang lama dan perkara itu pernah dijawab dalam persidangan Parlimen yang lepas.
Tambahan pula, beliau berkata pembangkang turut mempunyai pelbagai platform lain pada sidang Parlimen bagi mengutarakan pelbagai isu.
“(Dan) sekarang ini kita ada lebih daripada sesi soal jawab. KIta ada ‘Second Chamber’ yang berlaku pada hari Selasa dan Khamis dan kemudian kita ada Waktu Pertanyaan Menteri yang juga memberi peluang kepada mereka untuk tanya apa-apa soalan.
“Jadi bagi saya, apa gunanya sidang tergempar kalau mereka ada banyak platform untuk menimbulkan apa-apa isu dan mereka tidak pernah berhenti daripada menimbulkan apa-apa isu,” kata Azalina kepada pemberita selepas program bersahur dan beramah mesra bersama anggota keselamatan di Pos Tanjung Sepang, dekat Kota Tinggi pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam yang menuntut sidang tergempar Parlimen diadakan segera dan meminta agar usul berkenaan dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Azalina berkata perdana menteri dijangka mengumumkan pengwujudan mahkamah jenayah seksual yang serupa di setiap negeri semasa perasmian mahkamah jenayah seksual pertama di Putrajaya minggu depan.
“Seperti yang pernah saya sebut dahulu, (pengwujudan) undang-undang jenayah seksual bererti kerajaan begitu serius dalam menangani masalah jenayah seksual kanak-kanak dan mahkamah ini, harapan saya akan memberi pengkhususan kepada hakim dan juga pendakwa raya dalam elemen-elemen kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya.
Beliau juga berharap agar mahkamah seupama ini dapat diwujudkan serentak di setiap negeri memandangkan mahkamah di Putrajaya akan mengendalikan kes-kes di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Terdahulu, Azalina turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada petugas keselamatan di Pos Tanjung Sepang. Hadir sama Pegawai Memerintah Regimen Kedua Atileri Diraja Lt Kol Mohd Nasrun Ismail.
– Bernama

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.