`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 12, 2017

[VIDEO] Insiden Kluang Memalu & Mencemarkan Islam Dan Umatnya

Lelaki mengaku 'imam' halau rombongan PH di bazar Ramadan 

Sekumpulan lelaki (berkopiah biru) bertindak kasar dengan menghalau rombongan ziarah Pakatan Harapan (PH) di bazar Ramadan Kluang sehingga mencetuskan kekecohan lewat petang semalam. 

Dalam insiden sekitar jam 6.45 petang semalam, sekumpulan lelaki tiba-tiba menghalau dan memaki hamun rombongan PH yang mengedarkam kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar. 

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong turut dikasari kumpulan tersebut sehingga kaca matanya terjatuh, lapor Roketkini. 


Pembantu Khas Ahli Parlimen Kluang, Sheikh Omar Ali berkata, sebelum insiden tercetus, edaran kurma berjalan dengan baik, muhibah dan penuh semangat silaturahim. 

“Namun kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian. 

“Kami telah dimaki hamun, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda. 

“Salah seorang dari kalangan mereka dapat saya kenalpasti sebagai individu yang sama pernah menghalang kami memasuki bazar ramadan Bandar Kluang pada 2014 lalu yang lebih dikenali sebagai insiden ‘mana surat?’,” jelasnya. 

Video insiden berkenaan kemudian tular di media sosial. 

Seorang lelaki yang bertindak sebagai ketua menghalang rombongan itu beberapa kali menyebut "saya imam, saya imam". 

Kejadian seperti itu kata Sheikh Omar amat tidak wajar dan melampau. 

“Bulan Ramadan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran,” ujarnya. 

Menurutnya, rombongan PH tidak menghadapi sebarang masalah ketika berada di bahagian makanan. 

Beliau difahamkan, kawasan bazar yang dibahagian kepada dua bahagian itu diuruskan oleh dua urusetia yang berlainan. 

“Kami ucapkan terima kasih kepada urusetia Bazar Ramadhan yang menguruskan bahagian gerai menjual juadah makanan dan kuih-muih,” katanya. 

Rentetan dari peristiwa itu, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Kluang pada jam 10.40 dan 11.45 malam tadi. -MD 





ULASAN GB 

Entah ajaran Islam mana yang digunapakai oleh golongan yang menghalang orang lain melakukan kebaikan. Sungguh, insiden tersebut amat memalukan dan mencemarkan Islam dan umatnya. 

Rupa-rupanya insiden tersebut merupakan perulangan daripada insiden yang sama pada tahun 2014 dilakukan oleh watak yang sama. 


Jikalah negara ini mempunyai sistem keselamatan yang saksama dan adil, dan pemuda yang dulu itu yang menghalang dan melakukan provokasi di tempat awam itu ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan, sepastinya kejadian yang sama tidak berulang. 

Tetapi malang bagi rakyat Malaysia, apabila sasaran tangkapan dilakukan hanya terhadap kumpulan pembangkang sementara mereka dari kalangan UMNO BN bebas lepas untuk melakukan apa saja yang mereka suka. 

Sudah sampai masanya kesemua hal ini diperbetulkan dengan rakyat mengundi Pakatan Harapan di dalam pilihanraya selepas ini. 

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.