`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Saturday, August 5, 2017

JANGAN TINGGAL UMNO JIKA TIDAK DIPILIH JADI CALON

KUALA SELANGOR – Anggota Umno diberitahu untuk tidak meninggalkan parti jika mereka tidak dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi sebagai calon pada PRU14.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata adalah mustahil untuk menawarkan kepada semua ahli untuk menjadi calon kerana hanya yang terbaik dalam parti akan dipilih.
“Dalam politik, kita tidak menawarkan kepada semua orang untuk menjadi calon. Hanya mereka yang dipilih sebagai yang terbaik oleh parti kita meletakkan sebagai calon.
“Kita perlu bekerjasama dengan semua parti komponen Barisan Nasional untuk memastikan kestabilan politik di negara inil supaya rakyat Malaysia boleh hidup dalam suasana harmoni,” kata Johari kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Ishak Harun dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim yang juga anggota majlis tertinggi Umno.
Johari, yang juga Menteri Kewangan Kedua mengingatkan anggota Umno di semua peringkat supaya terus berjuang dalam parti dengan sepenuh hati walaupun jika mereka tidak dipilih sebagai calon.
– Bernama

No comments:

Post a Comment