`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 26, 2017

PAS MESTI DIBUANG SEGERA DARIPADA KERAJAAN NEGERI

Semalam ,Pas Selangor mengumumkan untuk bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu.
Selain itu, Pas juga nampaknya sudah tidak berganjak lagi untuk benar-benar memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Dalam masa yang sama, Pas juga terlihat amat ghairah untuk turut serta bertanding di Parlimen Gombak, DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Kajang.
Gombak dan Bukit Antarabangsa adalah kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, manakala Kajang pula diwakili oleh Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kenapa Pas, selain beria-ia untuk berlawan tiga penjuru di Selangor, mereka hanya bersungguh-sungguh di kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat Pakatan Harapan saja?
Kenapa tidak pernah kita dengar Pas menunjukkan kesungguhan yang sama di kawasan yang sedia diwakili oleh UMNO?
Pernahkah kita dengar Pas mahu merampas Parlimen Tanjung Karang yang diwakili oleh Noh Omar?
Semua ini dengan sendirinya mengesahkan Pas dan UMNO memang bekerjasama untuk menghadapi pilihanraya akan datang, meskipun ketika ini mereka sedang “makan setalam” dengan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.
Apakah jenis politik Pas ini, di ketika berkeras tak mahu keluar daripada jawatan bergaji lumayan dalam kerajaan Selangor, tetapi dalam masa yang sama berpakat dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan?
Pendedahkan oleh akhbar Singapura mengenai perkara itu di mana Hadi Awang dan Najib Razak dikatakan berhubung hampir setiap hari dengan Najib Razak dan sedang merangka kerjasama untuk menawan Selangor,  tidak sukar diterima kebenarannya.
Kecondongan politik dan arah tuju Pas memang jelas ke arah itu, walaupun wajah politik Najib adalah yang terburuk berbanding semua Perdana Menteri yang kita ada sebelum ini.
Pas nyata tidak peduli semua itu. Mereka bukan mahu menang pilihanraya, sebaliknya hanya ingin membantu UMNO dan Najib mencapai cita-citanya.
Akhirnya, apa mesti Pakatan Harapan lakukan kepada Pas?
Pertama, lupakan Pas dan tidak harus buat sebarang rundingan lagi dengan mereka. Jangan buang masa, sebaliknya tumpukan kepada usaha mengukuhkan lagi Pakatan Harapan dan memberi penerangan mengenai isu-isu lebih besar yang berlaku dalam negara.
Jangan percaya lagi dengan mana-mana pemimpin Pas yang kononnya bersimpati dan tetap bersama perjuangan Pakatan Harapan. Pas sekarang sudah pandai “main wayang” dan hanya mahu membuatkan mereka leka.
Pemimpin Pas sebenarnya  tetap wala’ kepada Hadi dan Pas. Jika benar ada antara pemimpinnya mengaku bersama dengan perjuangan Pakatan Harapan, mereka mesti berani keluar dan meninggalkan Pas. Hanya itu pilihan bagi mereka.
Kedua, Pakatan Harapan mesti buang semua Exco dan pemimpin Pas yang ada jawatan lain dalam kerajaan Selangor dengan segera. Mereka kini adalah “duri dalam daging”  kepada Pakatan Harapan.
Masa untuk bersimpati sudah berakhir. Tauke Pas kini adalah UMNO dan Najib yang bertaraf bilionaire serta boleh menjanjikan syurga dengan lebih segera kepada mereka.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.