`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!







                                                                                                                                     KKLIU 1211/2017
CLICK HERE :http://oze.my/



Sunday, August 6, 2017

Rosnah Shirlin: ‘Daripada wira kita, Dr M jadi wira pembangkang’

Rosnah juga tindakan Dr Mahathir juga mendedahkan peribadi sebenar beliau sebagai seorang yang tidak berpegang kepada prinsip kesetiaan yang diterapkannya semasa bergelar pemimpin.
rosnah-shirlin-mahathirKUANTAN: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melaga-lagakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya akan menghilangkan perasaan hormat rakyat kepadanya.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tindakan Dr Mahathir itu juga mendedahkan peribadi sebenar beliau sebagai seorang yang tidak berpegang kepada prinsip kesetiaan yang diterapkannya semasa bergelar pemimpin.
Katanya, Dr Mahathir sebagai seorang negarawan juga harus sedar tindakan menyerang Najib dan Ahmad Zahid bukan sekadar menyerang Umno, tetapi juga membawa kepada kerapuhan perpaduan orang Melayu.
“Saya harap rakyat sudah dapat melihat wajah sebenar Tun M, beliau pernah melakar sejarah yang baik untuk negara, tetapi sekarang merosakkan legasi dan perpaduan yang beliau sendiri perjuangkan.
“Saya kira saya juga sudah hilang rasa hormat kerana beliau sendiri mencalarkan perjuangan beliau sebelum ini. Nampaknya daripada menjadi wira kepada kita semua, Tun M kini menjadi wira kepada pembangkang,” katanya.
Rosnah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Indera Mahkota di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Bahagiannya Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid dan Ketua Wanita Napiah Yusof.
Beliau mengulas dakwaan Dr Mahathir mengenai pertemuan beliau dan Ahmad Zahid selepas10 hari dilantik menjadi timbalan perdana menteri yang kononnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib.
Sehubungan itu, Rosnah yang juga timbalan menteri kerja raya meminta rakyat negara ini untuk tidak terperangkap dengan permainan politik Dr Mahathir yang disifatkannya sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi dan anak-anaknya.
“Perjuangan yang dibawa Dr Mahathir sekarang bukan perjuangan untuk menyelamatkan negara, sebaliknya untuk selamatkan diri sendiri. Beliau mendakwa bahawa Umno mempergunakan beliau selama 22 tahun, tapi sebenarnya beliau yang mempergunakan orang Melayu dan Umno.
“Jangan terbawa-bawa dengan apa yang dikatakannya. Beliau mengajar rakyat untuk menderhaka kepada pemimpin. Ketika ini, beliau adalah guru terbaik untuk perkara negatif,” katanya. - FMT

1 comment:

  1. Permisi saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang mantan TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong, Katanya udah beberapa kali minta bantuan sama dukun melalui nomer togel tapi ujung2nya tertipu hanya MBAH WIRANG yg berhasil membantu dia melalui pasang nomer togel 4D.. Disitulah saya tertarik dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D malaysia dari hasil meditasi ritual beliau. Singkat cerita alhamdulillah nomer itu betul-betul terbukti tembus sya menang RM.578.000, saya tidak menyanka kalau saya bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) untuk lebih jelas kunjungi forum MBAH >>>KLIK DISINI<<< muda2han masih bisa membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete