`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 3, 2017

TUN MAHATHIR BUKAN PEROSAK MELAYU, TETAPI UMNO’

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan individu yang merosakkan fikiran orang Melayu walaupun didakwa bukan daripada keturunan bangsa itu.
Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa, sebaliknya dasar Umno yang membela Melayu tertentu dan menzalimi bangsa berkenaan kerana beraliran politik dengannya adalah punca kepada kerosakan tersebut.
“Walaupun Mahathir telah meninggalkan Umno, Melayu tetap rosak jika meneruskan agenda-agenda yang salah dan bercanggah dengan Islam. Pas tidak menentang individu tetapi sebuah parti yang mahukan perubahan dasar dan polisi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Beliau berkata, kemuliaan orang Melayu adalah dengan agama Islam dan bukannya dengan zat bangsanya.
“Inilah beza perjuangan berasaskan Islam dan perjuangan berasaskan perkauman sempit. Umno yang memperjuangkan kebangsaan Melayu hanya pada kulitnya sahaja, bukan pada roh serta jati dirinya.
“Di mana kedudukan tulisan jawi menjadi jati diri kepada bahasa Melayu dimansuhkan oleh bangsanya sendiri. Di manakah kedudukan tanah rizab Melayu setelah ia digadaikan oleh bangsa sendiri. Di manakan kedudukan politik Melayu Islam setelah pemimpin-pemimpinnya hanya mementingkan kroni dan orang sekelilingnya?” soalnya.
Menurutnya, pemimpin Umno sendiri mengakui wujud penyakit rasuah kronik dalam Umno namun dan dalam masa sama menyebarkan kepada bangsa Melayu demi kepentingan sokongan.
“Kita tidak perlu menuding jari terhadap orang lain dengan alasan aku lebih Melayu daripadanya. Selagi kita tidak meletakkan Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang berlaku dalam negara pada hari ini,” katanya.
Beliau turut menyatakan, Pas bukan sebuah parti perkauman sebaliknya meletakkan kaum di tempat yang adil.
“Dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu Islam mestilah memegang tampuk pemerintahan kerana itulah keadilannya. Negara Jepun yang paling maju meletakkan bangsa Jepun sebagai ketua negara bukannya bangsa Inggeris. Negara Jerman paling terkedepan di benua Eropah meletakkan bangsa Jerman sebagai ketua negara bukannya bangsa Perancis,” katanya.
– http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.