`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 25, 2017

Penyiasat akui tersilap hantar barang kes Jong Nam

ASP Wan Azirul Nizam menjelaskan kelewatan menghantar barang kes ke Bahagian Senjata Kimia Jabatan Kimia Malaysia.
jongnamSHAH ALAM: Penyiasat kes pembunuhan abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam, hari ini berkata kelewatan Bahagian Senjata Kimia Jabatan Kimia Malaysia menerima barang kes kerana ada kesilapan semasa penghantaran.
ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang berkata barang kes K26 – selendang corak hitam putih dan baju tanpa lengan warna kelabu – yang dipercayai milik salah seorang tertuduh patut dihantar ke Bahagian Senjata Kimia tetapi terhantar ke Bahagian DNA.
Beliau akui terlepas pandang semasa penghantaran kerana “jumlah barang kes yang terlalu banyak”,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad.
Wan Azirul dipanggil ke kandang saksi untuk memberi keterangan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam. Kes dibicarakan Hakim Datuk Azmi Ariffin.
Sebelum itu, Iskandar menarik perhatian mahkamah kepada keterangan asal Wan Azirul, yang melaporkan ada jurang selama 6 bulan antara penghantaran barang kes pertama iaitu pada 16 Februari lalu dan penghantaran barang kes terakhir iaitu 20 September.
Pada 1 Mac lalu, tertuduh, Siti Aisyah, 24, dari Indonesia, dan Doan Thi Huong, 29 dari Indonesia, membela diri daripada tuduhan membunuh Jong Nam, dalam perbicaraan yang memasuki hari ke-10 sejak mula bicara 2 Oktober lalu.
Siti dan Doan didakwa melakukan kesalahan itu d balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lepas. Mereka dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang dibaca besama Seksyen 35 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwa raya mahu membuktikan kematian Jong Nam disebabkan kesan racun VX, yang dikatakan dikenakan tertuduh pada mangsa pada hari kejadian. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.