`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 31, 2017

SIAPA BERANI NAFIKAN PERKARA INI? BILA LAGI BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS NAK MULAKAN SAMAN?

Dalam kenyataan pembelaan yang difailkan berhubung saman Presiden Pas, Hadi Awang terhadapnya, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Browm antara lain merekodkan perkara-perkara berikut:-
– Najib Razak menyalurkan lebih RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sejak 2014 dengan tujuan mendanai sekumpulan pihak dalam Pas.
– Dana rahsia itu diberikan secara berterusan sepanjang 2015, termasuk untuk Perhimpunan Agung (Muktamar) yang berlangsung pada Jun 2015. Untuk rekod, pada  2015, Muktamar Pas diadakan di Kuala Selangor antara 4 -6 Jun 2015.
– Dana tersebut termasuk untuk mengadakan Himpunan Fastaqim pertama pada Oktober 2015 dan acara-acara lain, termasuk Persidangan Kesatuan Islam Antarabangsa pada Julai 2017.
– Kenyataan pembelaan Clare juga menamakan beberapa pemimpin Pas yang didakwanya telah membeli kenderaan, hartanah atau menambah isteri baharu. Beliau turut menunjukkan senarai panjang jenis kenderaan yang dibeli mereka.
– Clare juga menamakan peguam S Ambiga yang merupakan bekas Pengerusi Bersih sebagai sumbernya berhubung dakwaan dana RM90 juta yang diterima oleh Pas.
Yang paling menarik dalam kenyataan pembelaan Clare itu ialah beliau secara jelas menamakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai telah menerima dana lebih RM200 juta daripada Najib.
Sebelum ini, Rafizi Ramli juga menamakan Nasharuddin telah menerima wang daripada Najib untuk disalurkan kepada pemimpin-pemimpin Pas.
Rafizi bagaimanapun tidak menyebut jumlah wang yang diterima Nasharuddin itu.
Nasharuddin pernah memaklumkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi, tetapi sehingga sekarang masih tiada apa-apa berita mengenainya.
Tidak diketahui sama ada saman itu diteruskan atau sebaliknya.
Husam Musa pula dalam pendedahannya berkaitan hal yang sama, meskipun tidak pernah menyebut nama Nasharuddin, tetapi secara terbuka pernah menamakan Affin Bank dan angka RM200 juta itu.
Apakah kenyataan pembelaan Clare saling kait-mengait dengan pendedahan Rafizi dan Husam sebelum ini?
Benarkah angka RM200 juta itu?
Sediakah Najib menafikan bahawa beliau  pernah memberikan wang sebanyak itu kepada Nasharuddin?
Adakah Nasharuddin berani bersumpah tidak pernah menerima wang dengan jumlah yang sama melalui akaun banknya  atau akaun lain yang dikawal olehnya?
Bila lagi mahu menunaikan janji untuk menyaman Rafizi?
Tidak mahukah Nasharuddin menafi atau menyaman Clare berhubung kenyataan pembelaan editor Sarawak Report itu?
Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin Pas yang ada, tidak teringinkah untuk berlaku jujur, bercakap benar dan melafaz dengan nama Tuhan bahawa mereka tidak pernah sama-sekali menerima wang daripada Nasharuddin atau dengan jumlah yang agak luar biasa sejak 2014 yang lalu?
Apa pun, sementara menunggu perbicaraan kes saman Hadi terhadap Clare itu berlangsung nanti, kenyataan pembelaan yang difailkan edior Sarawak Report kepada Mahkamah di London baru-baru ini, dengan sendirinya mula memercikkan bahangnya kepada kita untuk menanti dengan penuh debaran akan episod-episod seterusnya.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.